.::Nota Kaki Busuk!::.
-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-
[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]
Friday, August 14, 2009
~K.U.C.E.N kiyuutttt~
.::Nota Kaki Busuk!::.
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 07:13:00 PM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK LIFE HAKU
~M.E.N.U : Telur Bistik
Bahan-bahannyer:
· 5 biji telur
· 60 ml susu segar
· garam, serbuk lada sulah secukupnya
· 4 camb minyak
· 1 camb mentega
· 3 biji bawang merah
· 50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)
· air secukupnya
· 1/2 biji cili benggala merah } dadu halus
· 1/2 biji cili benggala hijau }
· 1 biji cili merah, dicincang halus
· 3 biji cendawan butang, dihiris nipis
· 2 camb susu cair/krim
Cara-caranyer:
i. Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.
ii. Cairkan mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan seketika. Larutkan sos perang dengan air hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan bawang merah dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih, campurkan dengan telur scramble tadi dan hidangkan.
.::Nota Kaki Busuk!::.
haaa...sila...sila.. (sila telan air liur).
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 05:21:00 PM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK CITE PASAL MAKAN
~M.E.N.U : Scramble Egg..~
Bahan-Bahannyer:
· 2 camb mentega
· 4 biji telur
· 4 camb susu cair
· sedikit garam & serbuk lada sulah
· 1 camb krim segar/putar
CARA MEMBUAT:
Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit).
Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras.
.::Nota Kaki Busuk!::.
haaa...cita sal makan lagi....!
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 05:06:00 PM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK CITE PASAL MAKAN
~M.E.N.U : Kerutuk Daging~
Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih
Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
Cara-caranyer:
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih.
Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk.
Panaskan minyak.Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan.
Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.
.::Nota Kaki Busuk!::.
mud posa dah menjelma....jangan marah...
hhuhuhuhu
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 03:25:00 PM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK CITE PASAL MAKAN
~M.I.N.D.A : mengawal marah~
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 02:26:00 PM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK ARTIKEL SUATKABO
~K.A.T.A.K ijau~
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 01:42:00 PM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK SANTAPAN MATA JIWA
~A.D.A.K.A.H anda...?~

DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 01:18:00 PM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK AKSI KUCEN
~B.L.O.G haku..~
wehhh...!! walaweiii... wakluu ko Divra...sesedap rasa jer ngko kutuk blog haku nih
ala2 jiwang, yekkk Cik Puan Nur Divra...
ko ckp "layout blog haku cintan cintun..
love2 everywhere anywhere" yekk..
alah..jeles ler tuh..
haku nak menceriakan mata yg memandang jer..
kalo jiwang pun, alah..sesekali..
(nk gk rasa cam muda balik ala2 zaman 90-an dulu)
nih yg haku rasa nak
letak pic ko ala2 zaman dahulu kala nih..
diulangi...ZAMAN DAHULU KALA...
cam yg haku mms kat ko mlm td besar2 kat sini..
biar padan muka ko..
haku letak tajuk "memori di sebatang jeti di tmn bunga"
blh x? ko nak? sebatang jeti ker?
lantak la....wakakakakakka...
Vra,
masa selongkar kotak gambar2 lama mlm td,
haku jumpa byk gambar tauuu...
x sabar nak scan + paste sini...
ko mesti terguling2 gelak sesorang nnt..
haku letak sekali dalam blog kelas kiter...
TUNGGU..!!! wakakakakaka..!
.::Nota Kaki Busuk!::.
haku rasa nak tergelak teringat psl gmbr2
yg haku jumpa mlm td..
ol-skul sunggoh..
(gelak sampai rasa ilang amarah + tensen haku pagi nih)
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 09:22:00 AM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK LIFE HAKU
~A.K.U menemukanmu..~
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 09:15:00 AM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK SANTAPAN MATA JIWA
~K.U tetap berdiri...di sini...~
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 09:05:00 AM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK SANTAPAN MATA JIWA
~A.D.A masanya..~


pun kopi-pes dr blog credit to hamba Allah yg sama seperti n3 sblm nih..
credit to "Silakan Terpesona"
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 08:46:00 AM 0 INSAN MULA BERSUARA
SPISIS/KATEGORI/KELOMPOK SANTAPAN MATA JIWA
~A.D.U.H.A.I mata~
DICONTENG OLEH Jul's PADA 8/14/2009 08:30:00 AM 0 INSAN MULA BERSUARA




