BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Monday, May 24, 2010

*CAT MEOWING IN ITS SLEEP*

rizen haku x jadik ngantuk & musan..
kalo laa tadik dah ingat nk bukak YouTube nih..
 
klik sini --> [SINI]

*NGANTOK + MUSAN & NTAHAPEHAPE*


rindu plak bebob kesayangan aka incik hubby..
xde kwn nak gelak2 sampai sakit urat perut. dia dh g OT
dr kul 8pm td & maybe blk esok pagi, then pagi esok plak
haku kne bangun awl sbb incik hubby kne masuk keje
awl plak esok. haihh.. nmpknyer kul 7am haku dah terpacak
sorg2  kat opis besok. hmppphh...bleh sambung Zzzz kjp.

huarghh...!! senonyer haku lam mud musan + ngantuk + kesunyian
kesunyian???? bluweekkk..!!! dr td terjerit2 
ngan anak2 bulus yg dok 100m, 4x100m  & wat aksi drift
lam umh. haku kejap2 bangun check ape dorg buat.
bile dorg berlari2 dlm umh, lega ler jugak 
sbb nmpk dpn mata. tp bile dorg senyap sunyi kat dapur
& dlm bilik blkg, mcm2 haku pikir. 
ntah ape plak projek dorang yg diketuai oleh 
Samseng Sg. Chua, Kajang..
sape lg klu bukan si Chello tu...


nih dah lega skit sbb sume dah pakat buat tahik mata 
ade yg bergelimpangan bwh meja mkn, ats coffee table, 
ats TV, dlm bilik kt dapur & kat tingkap bilik sambil
menghirup udara nyaman memalam cam nih, 
dan ade sekor dr td dok tumpang alas kepala
dia kat kaki haku..sape lg bukan ChiChi..!!
lenguh tauuuu..!! ingat kaki haku nih bantal ape?? :p

haku plak...pasnih nak wat ape ekk...????
semakin musan...

*CINTA ITU..*


Cinta itu hutan meneduhkan, 
cantik tapi kadang kita tersesat di dalamnya
Cinta itu matahari
panas membakar tapi ia berguna
Cinta itu hujan
selalu kita berlari agar tak terguyur 
tapi selalu kita kenang 
saat kemarau menyerang
cinta itu awan
kadang berarak beriringan 
kadang hilang tak tahu kemana
cinta itu kamu
kadang menyebalkan 
tapi juga kurindukan

credit to 1412syair ats bait2 kata yg sungguh puitis ;)
pstt..mud jiwang bercampur buhsan mlm neh.. :-x 

*MENGENALI DIRI KUCING*


Seperti mana yang kita ketahui kucing adalah haiwan yg sangat manja. Tapi tentu tidak ramai yg tau tentang penjagaan yang sempurna tentang haiwan ini. Sebagai seorang breeder, kita hanya tahu memberi makan serta membersihkan najis sahaja. Tahukah anda ada berapa jenis atau ras kucing yang terdapat di dunia? Berdasarkan pada statistik yang menarik, ada 41 ras kucing yang terdaftar di  [The Cat Fancier's Association (CFA)] pada tahun 2006.

Untuk menjadi seorang breeder, anda perlu tahu tentang faktor-faktor kriteria kucing yang ada. Contohnya terdapatnya beberapa jenis atau ras kucing, saiz setiap jenis atau ras, tempoh pembesaran dan perkembangan.

Selain itu, untuk menjadi seorang breeder. Seseorang itu perlu memikirkan beberapa faktor yang perlu dilakukan. Contohnya dari segi kesanggupan untuk menghabis wang ringgit untuk keperluan kucing itu sendiri.

Mengenai jenis tumbesaran kucing, seekor kucing jantan lebih cepat membesar daripada kucing betina, dan kebiasaannya pertumbuhan kucing jantan lebih cepat beberapa minggu dari kucing betina. Jadi tidak hairanlah mengapa kucing jantan lebih berat dan mempunyai saiz lebih besar saiznya dari kucing betina.

Selain daripada faktor jenis kelamin, faktor Gen juga memainkan peranan yang besar apabila setiap gen ibu dan bapa kucing akan di turunkan pada anak kucing. Tahukah anda kucing perlu tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari? Oleh itu kucing akan menghabiskan 2/3 hidupnya dengan di buai mimpi.

Seekor kucing mempunyai jumlah tulang yang banyak berbanding manusia. Manusia mempunyai 206 tulang manakala kucing mempunyai 230 tulang. Untuk pengetahuan, kucing mempunyai deria pendengaran jauh lebih baik dari manusia dan ataupun anjing.

Bercakap mengenai deria penglihatan kucing pula, kucing adalah enam kali lebih baik daripada anjing apabila berada di tempat gelap.

Setiap seekor kucing dewasa yang mempunyai 30 buah gigi, 16 buah rahang atas dan 14 buah rahang bawah. Kucing betina akan mencapai tempoh umur matang pada usia 6 hingga 10 bulan dan akan melahirkan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 ekor setiap kelahiran. Tetapi tidak semua anak yang dilahirkan akan hidup 100%. Tempoh Kucing betina bunting adalah selama 9 minggu atau 62 – 65 hari. Sedangkan kucing jantan akan mencapai tempoh umur matang pada usia 9 hingga 12 bulan.

Bulu yang terdapat di badan kucing ialah sebanyak 9600 helai.. Hmm banyak kan! Setiap 1cm bahagian atas adalah 19200 helai bulu dibahagian bawah. Manakala suhu seekor kucing yang sihat adalah 38 hingga 39.5 O C. Kucing juga mempunyai 5 jari pada bahagian depan dan 4 jari pada bahagian belakang.

*pasal bilangan jari kucen nih siyess haku baru pasan jari blkg kucen ade 4 jer pd. tahun lepas..masa potong kuku dorg, sumpah mmg haku x pasan... muakakaka..!

credit to jareycatlovers ;)

*MENGENALI JENIS DARAH KUCING*


Seperti manusia kucing juga mempunyai beberapa jenis golongan darah, iaitu A,B dan AB. Ras kucing seperti American Short Hair, Burmese, Tonkinese, Siam dan Oriental Short Hair adalah tergolong dalam jenis darah A. Manakala ras seperti Devon Rex, Cornish Rex, Exotic Short Hair, Somali, Birman,Sphtnx, Abyssinian dan Persia adalah tergolong dalam jenis darah B.

Golongan darah A adalah lebih dominan berbanding dengan golongan jenis darah B. Contohnya jika si bapa dan si ibu kucing yang mempunyai jenis darah yang berbeza makna anak kucing yang lahir itu mempunyai golongan jenis darah A. Ini adalah lebih baik jika seseorang breeder ingin memelihara kucing yang mempunyai golongan jenis darah A. Ini kerana perkahwinan ( ceh! kucing mana ada kawin..LOL! ) pembiakan kucing dari golongan darah yang berbeza berkemungkinan besar anak yang akan lahir akan mati. Kejadian ini di sebut Fading Kitten Syndrome.

credit to jareycatlovers ;)

*PERSIAN KER DLH?????*

pic kucen yg org antr boading kedai Pakcu Pet ;)

pic Wiwi. ngeh3x ;)

Tentu ramai yang masih keliru tentang jenis baka kucing kesayangan mereka. Tidak semua kucing yang berbulu panjang atau yang mempunyai hidung yang memek itu dipanggil PERSIAN cat. Kita sebagai tuan punya kucing harus tahu dan bijak apabila memilih kucing untuk dipelihara. Sekarang terdapat sebilangan kucing-kucing yang di jual di petshop adalah bukan dari baka yang sebenar. Oleh itu saya akan terangkan serba sedikit sama ada kucing anda adalah dari baka sebenar atau tidak. Terdapat dua kategori kucing yang mempunyai muka memek (Flat nose) atau separa memek (Semi flat nose).

  • Pertama : anak kucing yang yang lahir dari baka yang sebenar dan dikahwinkan dengan jenis baka yang sama atau pure Persian di kenali sebagai PEDEGREE PERSIAN. Biasanya kucing yang lahir dari baka sebenar atau pure Persian mempunyai sijil kelahiran, iaitu sijil yang mengesahkan kucing adalah dari baka sebenar atau telah didaftarkan.

  • Kedua : Manakala anak kucing yang dilahirkan dari induk baka sebenar dan di kahwinkan dengan kucing yang tidak mempunyai sijil pula adalah dipanggil DOMESTIK LONG HAIR (DLH). Kucing ini mempunyai bentuk muka menyerupai seperti kucing parsi, mempunyai ciri-ciri seperti berbulu panjang dan juga berhidung memek, tapi kucing-kucing seperti ini hanya boleh di panggil DOMESTIC LONG HAIR (DLH).

Oleh itu kita jangan keliru ataupun tertipu apabila hendak membeli kucing. Adalah disyorkan lebih baik anda membeli kucing dari pembiak baka (breeder) yang berdaftar, kerana dengan itu kita dapat mengetahui sama ada kucing itu mempunyai sijil atau tidak dan berpuas hati dengan tahap kesihatan kucing tersebut selain mengetahui latar belakang kucing tersebut.

Kucing-kucing yang kerap terdapat di petshop sebilangannya tidak mempunyai sijil dan penjual kucing-kucing tersebut ada sebilangannya mengatakan kucing mereka adalah dari baka kucing parsi (Persian cat). Oleh itu jangan tertipu dan keliru! Jika mereka mengatakan kucing mereka adalah pure Persian, pastikan anda meminta sijil pendaftaran sebagai bukti kucing tersebut adalah dari baka sebenar .

Selain baka kucing yang meragukan, kesihatan kucing juga tidak terjaga dengan baik. Sebilangan kucing-kucing tersebut tidak diberikan suntikan vaksin yang berjadual serta kucing yang selalunya di jual di petshop ada sebilanganya tidak begitu diberi perhatian mahupun dimanjakan dan ini secara tidak langsung dapat memberikan kesan kepada pembeli. Contohnya, kucing yang telah dibeli tidak pandai berinteraksi dengan orang selain berkemungkinan kucing tersebut bersifat liar.

Selalunya BREEDER yang bertanggungjawab akan mendaftar kepada persatuan kucing antarabangsa seperti CFA ataupun TICA atau sebagainya. Breeder kebiasaannya tidak akan meletakkan kucing (pure Persian) mereka di petshop untuk dijual.

credit to jareycatlovers ;)

*FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN KUCING*

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu tahu serba sedikit dalam mempengaruhi pertumbuhan kucing anda. Saya pun bukanlah pakar mahupun saintis, tetapi disini saya hanya ingin berkongsi pengetahuan kepada semua pembaca serta peminat kucing di luar sana.


FAKTOR KRITERIA KUCING

  • Jenis Kelamin : Kebiasanya kucing jantan lebih cepat membesar dari kucing betina. Tempoh pertumbuhan kucing jantan adalah lebih lama beberapa minggu dibandingkan kucing betina. Jadi, tidak hairanlah kenapa kucing jantan anda selalunya bersaiz lebih besar dan juga lebih berat dari kucing betina.
  • Gen : Adalah menjadi lumrah dunia seorang bapa dan ibu akan mewariskan gen mereka kepada anak mereka apabila lahir kelak. Begitulah juga dengan bapa dan ibu kucing akan mewariskan sesetengah sifat genetik kepada anak kcuing. Contoh yang paling ketara adalah warna bulu anak kucing tersebut, jika tidak menyerupai si ibu maka dari si bapalah bentuk tubuh dan pertumbuhan anak kucing anda akan dibentuk.
  • Hormon : Selalunya hormon pertumbuhan dalam badan akan bertindakbalas kepada kucing. Sehinga bila sampai di satu tahap peringkat umur 7-9 bulan, kucing anda akan mengiau ataupun meraung mencari pasangan untuk mengawan. Terdapat sebilangan tuan punya kucing mengambil keputusan untuk menjalankan kembiri atau sterill pada kucing mereka ketika umur kucing tersebut masih muda, walau bagaimanapun, ini tidak akan mengganggu pertumbuhan kucing anda. Tetapi seboleh-bolehnya, membiarkan kucing anda untuk mengalami proses mengawan untuk pertama kali sebagai pendedahan buat kucing anda digalakkan, kemudian selepas ia melahirkan anak barulah anda menjalankan kembiri keatasnya. walaubagaimanapun ia hanya untuk kucing pedigree sahaja.Untuk kucing domestik ia tidak digalakkan.
  • Ras : Semakin besar spesis kucing itu maka tempoh pembesaran yang diperlukan juga adalah panjang. Contoh yang paling ketara adalah kucing dari spesis Maine Coon yang mempunyai bentuk serta saiz badan yang lebih besar dari spesis kucing yang lain.

FAKTOR KUALITI MAKANAN
  • Ketika anak kucing lahir saluran pencernaan sudah mula berkembang sedikit demi sedikit. Contohnya anak kucing yang baru lahir akan mencernakan susu dari induknya sehinggalah anak kucing tidak dapat mencernakan laktosa atau gula susu lagi.
  • Protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan meneral yang seimbang adalah faktor penting untuk perkembangan anak kucing dengan sempurna.

FAKTOR LAIN
  • Kebersihan : Persekitaran yang tidak bersih dan kotor akan mengganggu kesihatan kucing anda, terutama sekali kepada anak kucing yang baru lahir yang mudah terdedah kepada virus. Seharusnya anda perlu menyediakan sebuah ‘cage’ ataupun kandang/sangkar yang selesa mengikut saiz bilangan kucing anda, sekiranya tidak berkemampuan, tidak menjadi masalah kerana anda bolehlah mendapatkan sebarang kotak-kotak kosong yang bersih terdapat banyak di kedai-kedai berhampiran. Tempatkan anak kucing anda di tempat yang bersih, kering dan teduh, tukar kotak tersebut dari masa kesemasa sekiranya sudah koyak ataupun rosak.
  • Stress : Pertumbuhan kucing memerlukan tempat yang aman dan tenang dan bersih. Tempoh tidur bagi anak kucing yang sudah berumur lebih 2 bulan akan berkurangan, walau bagaimanapun kualiti tidur anak kucing anda harus dijaga dengan teliti untuk mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lebih 3 jam.

Mengikut penyelidikan, pertumbuhan kucing juga sebenarnya sangat bergantung kepada berapa lama tempoh anak kucing anda nyenyak tidur. Tidur adalah salah satu proses pertumbuhan kucing untuk menjadikannya sihat, oleh itu adalah sebaik-baiknya anda tidak mengganggu kucing anda yang sedang tidur,(atau bersedialah untuk dicakar oleh kerana kucing tersebut terkejut ).

credit to : jareycatlovers ;)

*AKSESORI KUCING*


Kini anda tidak perlu risau lagi dengan adanya ciptaan kreatif ini (lihat gambar atas), sekarang anda boleh membuat kerja anda dengan tekun disamping kucing kesayangan anda di meja pejabat mahupun dirumah. Anda tidak perlu risau lagi dengan kerenah kucing anda yang suka melompat ke atas meja komputer dan menumpahkan minuman anda yang ada di dalam cawan mahupun mengambil biskut/donut kegemaran anda yang di letakkan di atas meja.

psttttt: nguaaahhahaaa..kalo la meja lappy kat umh bleh wat cam tuh..settle masalah..kwang3x..

credit to : jareycatlovers

*MASALAH BULU KUCING GUGUR*

Masalah bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa. Tetapi amat menyakitkan hati apa bila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang.

Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali dan diikuti serentak dengan pertumbuhan bulu-bulu yang baru. Tetapi ada juga kucing yang mengalami dua kali setahun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak.

Sebab-sebab yang lain adalah seperti Kekurangan nutrisi, kelebihan vitamin juga adalah salah satu penyebabnya. Selain itu suhu kandang atau tempat tinggal kucing terlalu panas juga boleh menyebabkan keguguran bulu kucing, pemilihan syampu sangat penting. Syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran bulu kucing. selain itu kutu, tungau dan kulat juga adalah musuh utama pada kucing. Seperti manusia kucing juga mempunyai gangguan hormon, ini juga adalah salah satu penyebabnya. Alahan pada ubat dan gangguan antibodi yang tidak kuat juga membolehkan masalah bulu kucing gugur.

credit to: jareycatlovers ;)

*JANGKA HAYAT KUCING*

Pernahkah kamu tertanya-tanya berapa lamakah jangka hayat seekor kucing? Kebanyakkan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.

Manakala kucing yang terbiar kebanyakkanya terdapat di tepi-tepi jalan hanya boleh menjangkau selama 4 hingga 8 tahun sahaja. Apa yang menyedihkan lagi kucing yang terbiar ini mati akibat dari tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan kurangnya mendapat nutrisi yang sepatutnya.

Bayangkan sahaja berjuta-juta anak kucing yang lahir dari induk yang terbiar. Bagaimanakah nasib anak-anak kucing itu. Walhal sepatutnya umur yang begitu kecil sepatutnya mendapat penjagaan yang sempurna tetapi banyak pula yang mati akibat dari tidak mampu mencari makanan sendiri ataupun dilanggar kenderaan.

Tetapi apakah hal dengan kucing yang dipelihara tetapi di biarkan berkeliaran di luar rumah? Biasanya kucing seperti ini jangka hayat mereka lebih lama jika di bandingkan dengan kucing liar. Ini kerana walaupun kucing ini berkeliaran tetapi makan minum masih terjaga. Cuma kucing seperti ini mempunyai risiko mati akibat dari jangkitan kuman daripada kucing-kucing liar yang lain.

Perbandingan Umur Manusia dan Kucing.


Pelik jangka hayat kucing lebih cepat berbanding dengan manusia. Tahukah kamu kucing yang berumur 1 tahun sama dengan 6 tahun umur manusia. Jadi bererti jika umur kucing 10 tahun sama dengan 60 tahun umur manusia.

Tidak kisahlah berapa beza umur dan jangka hayatnya. Apa yang penting kita sudah memberikan rawatan dan perlindugan yang terbaik kepada si comel kita.

credit to: jareycatlovers ;)