BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Showing posts with label SANTAPAN MATA JIWA. Show all posts
Showing posts with label SANTAPAN MATA JIWA. Show all posts

Monday, May 24, 2010

*CINTA ITU..*


Cinta itu hutan meneduhkan, 
cantik tapi kadang kita tersesat di dalamnya
Cinta itu matahari
panas membakar tapi ia berguna
Cinta itu hujan
selalu kita berlari agar tak terguyur 
tapi selalu kita kenang 
saat kemarau menyerang
cinta itu awan
kadang berarak beriringan 
kadang hilang tak tahu kemana
cinta itu kamu
kadang menyebalkan 
tapi juga kurindukan

credit to 1412syair ats bait2 kata yg sungguh puitis ;)
pstt..mud jiwang bercampur buhsan mlm neh.. :-x 

Wednesday, May 5, 2010

*SUAMI ARKEOLOGI*

.::Nota KhaKi MuS0x!::.
biarlaa ayat2 dlm gambar jadi jawapan kepada
kaitan tajuk entry kali nih. heheheheh..

Monday, December 21, 2009

*LAPAN DISEMBER*


seusia lagi melewati jalan
bersama sekeping hati
yang sentiasa punya rasa
berbaur suka dan duka
juga cinta

hari ini - puluhan tahun lalu
pertama kali menyapa salam pada dunia
tanpa pernah tahu
destinasi tujunya
hanya yang pasti
hadirnya bersama restu dan cinta.

putaran masa pantas beredar
si naif yang tidak tahu apa-apa dahulunya
kini semakin dewasa melangkah hidupnya
walau sesekali tersadung jatuh
pantas bangkit bertatih kembali

seusia melangkah
cinta juga ingin mengisi ruang hati
maaf andai sesekali terlupakan kamu
kerana hati ini sudah terlalu sarat
dan padat diisi dia

 Tuhan,
izinkan bahagia ini terus kekal bersemadi
pimpin kami terus ke jalan lurusMu
agar takkan pernah kami keliru tanpa tuju

setahun lagi
kesempatan diberi
terima kasih Tuhan,
tanpa ragu, nikmat dan bahagia tetap Kau beri.


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
syahdu jer bait kata2 kat atas tuh. Kebetulan jumpa.
credit to Rina's again.

*MAS KAHWIN*


bila ter-canangnya kisah mas kahwin untuk anak dara & janda selangor naik jadi RM300, banyak sungguh mulut² yang mengeluarkan pendapat. itu maknanya, isu mas kahwin naik harga ni ada commercial value, macam kisah artis mana pakai baju paling glamour masa anugerah skrin 2009. maka ramai orang tak mau ketinggalan memperkatakannya, termasuklah aku.


bagi aku, mas kahwin naik bukan isunya. ia cuma menjadi isu apabila wujudnya ketidakselarasan harga mas kahwin di setiap negeri. ada yang akan kata - "tunang kau orang selangor ye? rugi lah kau tak kahwin awal-awal, mas kahwin dah RM300 tu beb." ataupun ada yang akan kata - "makin lakulah anak dara johor, mas kawen diorang murah je RM22.50"

disebabkan ketidakselarasan mas kahwin ni, maka dapat dilihat 'harga' perkahwinan didacing-kan dengan cara yang paling murah sekali.

aduhai, kalau kaum lelaki menimbang untung nasib mereka berdasarkan harga mas kahwin, sungguh lah mereka rugi kerana punya akal yang secetek-ceteknya.

mungkin ada yang kata, RM300 tu banyak, orang nak 'mendirikan masjid' buat apa nak membebankan. betul, 'mendirikan masjid' sangat mulia. lebih mulia kalau dah 'mendirikan masjid', berusaha pulak 'mengimarahkannya'. kalau dah rasa terbeban dengan mas kahwin, baik tak payah kahwin. sebab lepas kahwin, lebih dari RM300 kau kena sediakan wahai kaum lelaki. bukan untuk isteri saja, untuk sara hidup maksud aku. selesai je lafaz akad, bermulalah tanggungjawab dalam perkahwinan. kalau nak mulakan tanggungjawab pun dah rasa terbeban, rasa-rasanya boleh tak pikul tanggungjawab seterusnya?

kaum perempuan pulak, jangan terlalu pandang enteng dengan naiknya mas kahwin. bila ada pihak yang berusaha meninggikan martabat wanita, kita pulak mestilah lebih berusaha menaikkan martabat sebagai isteri.

mengambil kira mas kahwin itu wajib, maka rasanya tak perlulah terlalu berdebat tentang nilai pemberiannya. apa yang penting bukan berapa nilai mas kahwinnya, tapi nilai perkahwinan itu sendiri. kalau betul-betul memenuhi sunnah dan semata-mata kerana Allah, alangkah moleknya.


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
Selamat Pengantin Baru kepada yg kawin ujg2 thn nih. nih haku kopi + pes dr satu blog. credit to Rina's.

Monday, November 9, 2009

*MOTIVASI DIRI*

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita sama2 mempraktikkan untuk motivasi diri..
 
1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat
   dan tetapkan matlamat.




2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa
    dan juga sebagai sedekah.


3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti..
   Jangan tidor berlebihan.



4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri..
    kecuali dah lama hidup ..ok


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi..
    kerja satu team..



6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan
    apa yang diminati.




7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas.
    Sesekali bergaya, apa salahnya.




8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..
   takut jadi obes pula.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..
   bahaya untuk kesihatan.



10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi
     mengetahui tahap kesihatan diri.


11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.


12. Mandi setiap hari... jangan MALAS mandi tau..!

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan
     berbanggalah dengan kemampuan diri.



14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.



15. Lakukan kerja seikhlas hati.



16. Yang PALING penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.



.::Nota KhaKi BuSux!::.
cam menarik utk dikongsi bersama sambil cuci2 mata.
huehuehuehuehe

Thursday, October 22, 2009

*5 PERKARA YANG ANDA TERGILA-GILAKAN*

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1-وجه جميل

1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين

2:duit yang banyak

3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة


ومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata Nabi SAW:-

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada Nabi SAW itu walaupun satu ayat

.::Nota KhaKi BuSux!::.
pun haku kopi-pes dr blog makcik tuh;)

*AYAT SERIBU DINAR*

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا

Maksudnya:

"..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 65:2-3)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

-Apa yang dapat disampaikan,hendaklah kita amal dalam kehidupan kita sehari harian,walaupun dalam susah dan senang,miskin dan kaya,sihat atau sakit, dan dalam apa jua keadaan.
-InsyaAllah, berkat amalan ini, Allah akan pilih yang terbaik untuk setiap hambaNya...

.::Nota KhaKi BuSux!::.
haku kopi-pes dr blog sorang makcik. blog dia mmg best! x cam hasil idea sorang makcik yg berumur 40+ & seorang nenek.

Thursday, October 15, 2009

*AWEK GANU*










.::Nota KhaKi BuSux!::.
mek ganu nih adalah kazen kepada opismet haku.
gambar amik masa kitorg g camping @ Chemerong, T'ganu
pada 1/5/2009 lepas. OTW tuh sempat singgah umh
opismet haku yg ari tuh nk sanding.
Sbb ape haku amek gambar dia?
Sbb muka dia iras muka Aini, ank abg haku no.2.
Muka, bibir, gigi & cara ckp keramahan dia
mmg sebijik cam Aini.

pst: aLong...sama muka Aini sik Long??
hehehehehe..

Tuesday, October 13, 2009

*DISEMBER*

- Sangat setia dan pemurah.
- Bersifat patriotik.
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
- Bercita-cita tinggi.
- Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam oranganisasi.
- Senang apabila didampingi.
- Suka bergaul dengan orang.
- Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
- Sangat jujur.
- Tidak pandai berpura-pura
- Cepat marah.
- Perangai yang berubah-ubah.
- Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.
- Benci apabila dikekang.
- Suka bergurau.
- Pandai membuat lelucon dan berfikir dengan logika.

.::NOTA KAKI BUSUx::.
*Ini merupakan hasil penelitian beberapa pakar kajian karekter dan pemerhatian penulis. Tidak digalakkan mempercayai 100%!

*nih haku kopi-pes dr satu blog. credit to "saling terpesona" atas blog yg cukup best ;)

Tuesday, August 25, 2009

*O.N.E. stop ONLY??*

.::NOTA KAKI BUSUK::.
SATU KALI SAHAJA kah???
kalo nak terberak terkencing 4-5-6x
aka cirit sepanjang perjalanan,
cemane ekk????

Monday, August 17, 2009

~P.E.R.G.I tak kembali. Al-Fatihah..~

Al-Fatihah buat semua hamba2 Allah
yang dah kembali kepadaNya.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa,
diluaskan dan diwangikan kuburnya,
diterangi nur keampunanNya, dicucuri rahmat &
ditempatkan rohnya di kalangan orang2 yg beriman.
.....AMIN.....





.::Nota Kaki Busuk!::.

Friday, August 14, 2009

~K.A.T.A.K ijau~

bestnyer ade bilik cam nih....
segalanya ada katak..
kaler ijo..
di sana..
di sini...
di sia...
di sitok..
di sinun..
kronies.... korg sukehh tak???
(katak idop tanak taww...!!)

.::Nota Kaki Busuk!::.
haku pun pengumpul ape2 berbentuk
katak senonyer....
sukeehh!!! sukehhh!! sukehhhh!!

~A.K.U menemukanmu..~

aku menemukanmu
dengan juta rasa rindu malam itu
sungguh, aku pun pernah merasakan satu rindu
pada jalinan indah sebuah kisah
hingga pada setiap doa ku bertanya
"Tuhan, adakah seseorang itu ?" [seorang ZURIAT]
dan ketika kutahu akhirnya
bahawa ada seseorang yang telah Tuhan persiapkan [AMIN]
untuk mendampingi hari-hariku [dan suamiku]
kini kutahu Tuhan selalu memberi
seseorang yang terbaik untukku juga kamu

.::Nota Kaki Busuk!::.
~credit to "Saling Terpesona" atas ayat2 yg
sungguh puitis~

~K.U tetap berdiri...di sini...~

selalu kau bercerita
tentang ragu di dada
yang buat rindu dan cinta
jadi beku luar biasa...

.::Nota Kaki Busuk!::.
credit to "Silakan Terpesona"

~A.D.A masanya..~



ada masa kita perlu menangis
agar kita tahu
dunia ini bukan hanya untuk ketawa
ada masa kita perlu ketawa
agar kita tahu
betapa bernilainya setitis air mata
ada masanya...kesunyian membuatkan kita
tidak akan pernah lupa
betapa bernilainya 'seorang sahabat'...

.::Nota Kaki Busuk!::.

pun kopi-pes dr blog credit to hamba Allah yg sama seperti n3 sblm nih..


  • credit to "Silakan Terpesona"