BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Monday, August 17, 2009

~P.E.R.G.I tak kembali. Al-Fatihah..~

Al-Fatihah buat semua hamba2 Allah
yang dah kembali kepadaNya.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa,
diluaskan dan diwangikan kuburnya,
diterangi nur keampunanNya, dicucuri rahmat &
ditempatkan rohnya di kalangan orang2 yg beriman.
.....AMIN.....





.::Nota Kaki Busuk!::.

Friday, August 14, 2009

~K.U.C.E.N kiyuutttt~



kiyuuttt x kucen tuh?
huhuhhuhu...pic tuh haku hamek masa 2nd gader
kat Petshop Pakcu @ Seksyen 15, Bangi (kronies PF tau)
x hengat biler tp rasanya bln 5 ari tuh kot..
chumel giler...!!
ekceli kucen nih org hantar utk boarding tp haku sempat
la felok2 & shiyom2 dia sbb geram + x tahan
nengok kekiyuuutan tahap yang amat2 mencairkan jiwa raga nih


.::Nota Kaki Busuk!::.
Kalo orang kasik FREE kucen nih,
rasanya mau meletup Perang Dunia ke-Seploh Juta
dek kerana abg TNB dah memutuskan
bahawa TIDAK BOLEH ada pertambahan kepada MAKHLUK BERBULU
itu dirumahku skang nih disebabkan
sudah ade 8 hekor..
Yang hader skang neh pun dia dah bising2 soh dikurangkan
(terpaksa la adinda menurut perintahmu walaupun berat
rasanya hati ini wahai kandaku)

~M.E.N.U : Telur Bistik

Bahan-bahannyer:

· 5 biji telur
· 60 ml susu segar
· garam, serbuk lada sulah secukupnya
· 4 camb minyak
· 1 camb mentega
· 3 biji bawang merah
· 50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)
· air secukupnya
· 1/2 biji cili benggala merah } dadu halus
· 1/2 biji cili benggala hijau }
· 1 biji cili merah, dicincang halus
· 3 biji cendawan butang, dihiris nipis
· 2 camb susu cair/krim


Cara-caranyer:

i. Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.

ii. Cairkan mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan seketika. Larutkan sos perang dengan air hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan bawang merah dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih, campurkan dengan telur scramble tadi dan hidangkan.

.::Nota Kaki Busuk!::.
haaa...sila...sila.. (sila telan air liur).

~M.E.N.U : Scramble Egg..~

Bahan-Bahannyer:

· 2 camb mentega
· 4 biji telur
· 4 camb susu cair
· sedikit garam & serbuk lada sulah
· 1 camb krim segar/putar


CARA MEMBUAT:

Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit).

Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras.

.::Nota Kaki Busuk!::.
haaa...cita sal makan lagi....!

~M.E.N.U : Kerutuk Daging~

Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

Bahan-bahan ( 5 orang )

500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]

1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-caranyer:

Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih.
Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk.
Panaskan minyak.Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan.
Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

.::Nota Kaki Busuk!::.
mud posa dah menjelma....jangan marah...
hhuhuhuhu

~M.I.N.D.A : mengawal marah~

.::SUBURKAN KASIH SAYANG DENGAN MENGAWAL MARAH::.
SEBAGAI manusia, sifat marah memang ada dalam hati dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, sifat marah boleh dikawal agar tidak berleluasa daripada menyelubungi perasaan dan tindakan kita.
Pakar psikologi menyatakan sifat marah biasanya berpunca daripada sesuatu sebab atau kesan yang menyebabkan seseorang itu melahirkannya dalam bentuk tindakan dan berasa tidak selesa apabila tidak berbuat demikian.

Menurut ahli sufi, marah disebabkan kepenuhan darah hati dan bertujuan membalas dendam terhadap seseorang. Rasulullah s.a.w pernah menasihatkan Mu’awiyah:

“Wahai Mu’awiyah, jauhkan olehmu sifat marah, kerana marah itu dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis"

Marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan dijadikan daripada api dan ia hanya dapat dibunuh dengan air. Justeru, Nabi menasihatkan agar orang yang sedang marah mengambil wuduk.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman bermaksud:

“Wahai anak Adam, sebutlah nama-Ku apabila engkau marah,
supaya Aku ingat pula akan engkau,
dengan demikian apabila Aku marah
tidaklah Aku menurunkan malapetaka atasmu.”

Itulah sebabnya satu daripada amal terbaik ialah menahan diri ketika marah dan sabar sewaktu hawa nafsu meluap-luap. Dapat dinilai orang yang baik itu harus nampak kebaikannya ketika marah bukan pada ketika dia riang gembira. Rasa takut kepada Allah dapat menghilangkan rasa marah kerana marah itu datang ketika seseorang melupakan Tuhannya.

Hanya Allah berhak marah terhadap hamba-Nya yang ingkar dan melakukan kemaksiatan. Kemarahan akan menghancurkan segala kebaikan yang ada. Kita sebagai hamba patutlah mengawal kemarahan supaya tidak menjadi mangsa malapetaka yang boleh terjadi akibat kemarahan. Sebagai bapa atau ibu, sifat marah anak ini patut dikawal sebaiknya agar mereka tidak menjadi mangsa kemarahan tanpa sebab dan anak tidak akan menyimpan dendam terhadap kemarahan ibu bapa mereka.

Islam mengajar umatnya mengambil berat perihal hubungan murni antara anak dengan ibu bapa. Ia teras penting dalam kehidupan rumah tangga. Sementara anak pula wajib menghormati ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara dilarang Allah. Ia penghormatan terhadap insan yang melahir dan mendidik mereka. Seseorang anak mestilah menjaga lidahnya supaya tidak memarahi ibu bapa mereka, apatah lagi apabila kedua-duanya tua dan uzur.

Allah menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Jika salah seorang daripada kedua-duanya (ibu bapa), atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah!” dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun).”

(Surah Al-Isra:23)

Di pihak ibu bapa pula, sikap sayang menyayangi antara anak dan ibu bapa harus diwujudkan dalam rumah tangga. Hindarilah sifat marah tanpa sebab kerana ia boleh menjadi punca renggang kasih sayang antara anak dan ibu bapa. Keluarga bahagia memang menjadi idaman setiap insan. Namun, sepanjang hidup sebumbung ada ketikanya suami marah terhadap isteri, terhadap anak, hal kewangan, makanan dan bermacam-macam lagi hal rumah tangga.

Begitu juga sikap sesetengah ibu yang suka berleter kerana rumah tidak berkemas, atau sampah bertaburan di luar rumah, pinggan mangkuk dan kain baju tidak dibasuh. Apa pun puncanya, sifat marah keterlaluan boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak. Hubungan boleh menjadi renggang, boleh menimbulkan penderaan terhadap anak ataupun lebih buruk lagi perceraian suami isteri.

Sifat marah juga boleh merosakkan dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Firman Allah yang bermaksud:

“Berlaku kerosakan di daratan dan lautan (akibat) daripada perbuatan tangan manusia supaya kami rasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka itu, semoga mereka akan kembali.”
(Surah ar-Rum: 41)

Dalam hal ini, kita harus mengambil sikap toleransi dan persefahaman sesama manusia.
Elakkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.

Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:

· Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.

· Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.

· Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.

· Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

.::Nota Kaki Busuk!::.
iskk.... lps nih kalo marah,
haku kene beringat...
try nak mengawal diri..
supaya x menyakitkan ati & perasaan orang lain
dan
merosakkan alam sekitar...
uhuhhuhuhu..


~K.A.T.A.K ijau~

bestnyer ade bilik cam nih....
segalanya ada katak..
kaler ijo..
di sana..
di sini...
di sia...
di sitok..
di sinun..
kronies.... korg sukehh tak???
(katak idop tanak taww...!!)

.::Nota Kaki Busuk!::.
haku pun pengumpul ape2 berbentuk
katak senonyer....
sukeehh!!! sukehhh!! sukehhhh!!

~A.D.A.K.A.H anda...?~


ADAKAH ANDA :
- TENSION?
- TERTEKAN?
- STRESS?
- SAKIT JIWA?
-NAK GILA?
-RASA NAK MENGAMUK?
(cam haku)
BEREHATLAH BERSAMA SEGELAS SUSU.....


.::Nota Kaki Busuk!::.
buhsan giler bengap!

~B.L.O.G haku..~

wehhh...!! walaweiii... wakluu ko Divra...
sesedap rasa jer ngko kutuk blog haku nih
ala2 jiwang, yekkk Cik Puan Nur Divra...
ko ckp "layout blog haku cintan cintun..
love2 everywhere anywhere"
yekk..

alah..jeles ler tuh..
haku nak menceriakan mata yg memandang jer..
(haku sendiri jer pun yg nk tgk)


kalo jiwang pun, alah..sesekali..
kasik cannn la wehhh...
(nk gk rasa cam muda balik ala2 zaman 90-an dulu)
zaman MALATOPPPPP...!
[malatoppppppp ker????iskkk..]

nih yg haku rasa nak
letak pic ko ala2 zaman dahulu kala nih..
diulangi...ZAMAN DAHULU KALA...
cam yg haku mms kat ko mlm td besar2 kat sini..
biar padan muka ko..
huahhh!! huahhh!! huahhh
(kuar tanduk setannirrojimm)


haku letak tajuk "memori di sebatang jeti di tmn bunga"
blh x? ko nak? sebatang jeti ker?
lantak la....wakakakakakka...

Vra,
masa selongkar kotak gambar2 lama mlm td,
haku jumpa byk gambar tauuu...
x sabar nak scan + paste sini...
ko mesti terguling2 gelak sesorang nnt..
haku letak sekali dalam blog kelas kiter...

TUNGGU..!!! wakakakakaka..!

.::Nota Kaki Busuk!::.
haku rasa nak tergelak teringat psl gmbr2
yg haku jumpa mlm td..
ol-skul sunggoh..
(gelak sampai rasa ilang amarah + tensen haku pagi nih)

~A.K.U menemukanmu..~

aku menemukanmu
dengan juta rasa rindu malam itu
sungguh, aku pun pernah merasakan satu rindu
pada jalinan indah sebuah kisah
hingga pada setiap doa ku bertanya
"Tuhan, adakah seseorang itu ?" [seorang ZURIAT]
dan ketika kutahu akhirnya
bahawa ada seseorang yang telah Tuhan persiapkan [AMIN]
untuk mendampingi hari-hariku [dan suamiku]
kini kutahu Tuhan selalu memberi
seseorang yang terbaik untukku juga kamu

.::Nota Kaki Busuk!::.
~credit to "Saling Terpesona" atas ayat2 yg
sungguh puitis~