BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Thursday, August 20, 2009

~B.R.O.O.C.H~

Nih la gamba brooch yg haku wat misnes ngan
adar @ mrs. mondoks. share modal ok.
kalo sorang2 nak amik tuh, menggigil jugak la.
plus misnes buat permulaan nih kene
tgk2 dulu perjalanan cemane.
so ari tuh (2 mggu lepas) kitorg pakat amik 6 kotak.
sorang dapat 3 kotak.
corak2 @ patern plak, adar dah campur siap2.
Alhamdulillah hampir sume dah laku. Dah selamat sampai ke Sibu & Kch.






sampai umh, terus snap pic nih.
haku kan x bleh tinggal bab2 amek gambar nih wlu
kadang2 berkurun dalam hp @ cam aku.






nih ler haku punye 1st kastemer.
haku letak2 jer dia terus datang.
kalo dia beli tuh, x tau la nak sangkut mana brooch tuh.
wakakakakak..Rusty mmg penyibuk sket tp dia baik. xkacau2 pun.





mamat 2 ekor nih pun penyibuk gk.
memasing nak tau ape mende haku letak atas lantai.
(kiri tuh CHICHI & kanan tuh CHEESEDALE, anak Chello)

wiwi - keHAIRANan. amende la lip-lap-lip-lap tuh.



.::Nota Kaki Busuk!::.
model2 X BERBAYAR di atas hanyalah utk PERHIASAN sahaja.
muehehehehe...
CHICHI - dh pegang2 dh. berkenan kot. wakakakaka..

~H.A.P.P.Y 3rd WEDDING ANNIVERSARY 20.08.2009.

Selamat Ulangtahun ke-3
buat suamiku yg tercinta ari nih 20.08.2009.
Semoga jodoh berkekalan hingga menutup mata
& ade rezeki dikurniakan anak2 yang soleh & solehah
serta hidup rukun aman damai bahagia selama2nya.
Amin.


Haku nak wish kat abg TNB mlm td. Tgk abg TNB pun cam x hengat jer. Last2 haku tangguh sampai la tertido. Pagi nih lam kete, haku tggu gak. Sampai kuo kete dia x ckp ape2. mmg dia x hengat ari nih 20.08.2009..!!

Last2 sampai opis, haku sms...

“Bang, Selamat Ulg thn pkahwinan kita yg ke-3 ari nih. X ingat ker?”

Lepas tuh abg TNB reply...

“bukan x ingat, lupe ckit jek. Tarikh tu ingat..Cuma tak perasan yg hari ni dah 20 hb..semoga berkekalan pkahwinan kita hendaknye..”

lepas tuh haku dah MALAS nak sms! Kecik ati tauuu!!!!! Ati cam nak PANAS jer tp baik haku buat BUDUH jer lah... tuh baru 3 thn!! Besok2 silap ari bulan, dia lupe
ARI NIH WEDDING ANIBERSARI ngan BINI yg mane satu ekk????

.::Nota Kaki Busuk!::.
nasib baik lepas tuh abg TNB call haku. nak pujok2 ler tuh..nasib baek!
kalo x, mau 24 jam haku BISU kejap...wakakak
Xde pelan pun ari nih nk g memane.. haku pun dh mls bab2 nak selebret nih. Kalo abg TNB tapau NASIK GORENG IKAN MASIN, lepas tuh cucuh ngan LILIN BLACK OUT tuh pun dah kira ROMANTIK GILA dah tuh..! hhahahahha.. SOKOR la nakk oiii...
kat Palestin x dapat makan sedap tau!
Ari nih pepagi dah dapat sms dr LAILA,
member Petfinder aku. Ingat jugak dia kat tarikh tuh.
Lepas tuh dpt sms dr anak sedara haku, Siti.
Thanks atas doa korang (termasuk yg wish tru email & ym tuh).
Semoga berkekalan la hendaknyer.
Amin...!!

~SA.T.U kisah di tgh2 mlm (2)~

sambungan dr kisah semalam...

Hampeh btol DIA nih. Haku ingatkan dh x reply dh. Ade lagik rupanya. Kesimpulannya, haku ngan DIA mmg x bleh ckp dlm hp. Hanya blh berbalas sms jer. Kalo haku call jerk, yg jawabnyer.. GELAK DIA yg bagai nak SEMPUT iteww. Haku pun ntah ngape, kalo call dia, mmg GELAK X HENGAT DUNIA.

Honestly, haku dh lame x gelak sampai sesak dada, sampai terbatuk2 cam nih. Kelakar sgt memikirkan kitorg yg sesama BANGSA MELANAU nih ber-sms dlm BAHASA MELAYU BAKU dek kerana memperli sorg kwn yg jugak SAMA BERBANGSA MELANAU tp bila berSMS, kononnya PELIK DAN JANGGAL bila BERBAHASA IBUNDA SENDIRI. Pelik ker?

Kalo ko OMPUTEH, lps tuh tetiba sms bhs IBAN @ KAYAN dll, itu baru haku nmpk pelik. Kalo dah sesama bangsa, sms la bahasa sirik. Kalo x paham gak, ibaratkan ko BANGSA CINA yang sms kat kawan SESAMA BANGSA ko dgn bhs ibunda. Xkan ko nak sms dlm bhs TAMIL plak kan?

Kalo dh sesama geng, sekolah sama2, sms bhs omputeh pun kene kutokk kaw-kaw punye. Nih kan pulak yg bertahun dok Sarawak still blh ckp yg dia pelik bila berSMS bhs IBUNDA. Lawak apakah itu????? Ko x bangga ker berbangsa MELANAU? Iskk... Ko tuh duduk SARAWAK ok! Bukan kat OBERSI xjumpa sesama bangsa smp janggal bila nak bertutur bhs sendiri.

Haku nih dh TUJOHH..diulangi...TUJOHHH (7) thn dok Semenanjung aka Melaya (bak kata org Swk). Kahwin pun ngan org bangsa Melayu tp x penah pun lupakan asal usul & bahasa sendiri. Kalo berSMS ngn member sesama BANGSA pun xpnh lg sms dlm BAHASA MELAYU, BAHASA MELAYU SARAWAK or BAHASA OMPUTEH. Kang org ckp haku ngengada plak.

Haku bukan bersifat mementingkan PERKAUMAN. Tp kesal ngan sesetengah org yg LUPA DIRI cam tuh. Haku bangga sbb dlm byk2 bangsa kat Mesia nih, haku pun slh sorg tgolong dlm slh satu etnik yg pelbagai bangsa. Hidup harmoni sesama manusia. Malah haku sirik tergolong dalam keluarga yg kahwin campur. Isk....manusia..manusia... ada jugak spesis cam tuh.

.::Nota Kaki Busuk!::.
*DIA : besfren haku, Nur Divra @ Vra.. kawan bergelak ketawa & menangis.
*DITIDURI : tido la....kitorg nih perosak bahasa..bahasa terbalik2. korg jgn fikir lain plak!!
*KO : kawan haku yg hampir2 nak lupa daratan tuh.

Wednesday, August 19, 2009

~SA.T.U kisah di tgh2 mlm-

18/8/2009 – 10.51 pm. Tgh haku dengan khusyuk dan tawaduknyer kira brooch, dapat sms dr DIA. Haku tiru sebijik dr msg mlm td.

DIA : apakah yg sedang kamu melakukan diwaktu ini?:-/

Haku dah tergelak dah. Nih mesti berjangkit dr sesi chatting petang tuh. Lepas tuh haku reply:

HAKU: diriku sedang membilang jumlah brooch untuk dijual dan dipos besok hari. Mengapakah kamu belum “DITIDURI?”

Lepas tuh haku send mms gambar brooch yg haku amek ptg semalam. Dlm mms tuh haku taip cam nih “..inilah brooch yang diriku jual wahai sahabatku. Sekiranya dirimu bminat, blh saja kita bbincang tentangnya..”

DIA : Bagiku, tidak ada tujuan, Cuma ingin mengatakan bahawa mengucap selamat mlm itu penting. Lebih afdal dgn menyatakan sendiri sblum dibuai mimpi indah. Selamat bermimpi.

HAKU : Terima kasih atas ingatanmu sahabatku. Dirimu belum ditidurikah? Mlm sudah larut. Ingat daku dalam mimpimu (uiyahh..) buwen lau. Wakaka. Mlm2 bak ngipin (cuaca buruk. Wakaka..mlm2 nk buang tebiat)

DIA : wah sungguh cantik brooch itu, adakah semuanya terkini atau apa2aja lah. Berapa brooch yg kamu jual? Sejak bilakah kamu menceburi bidang ini?


HAKU : mmg sungguh cantik dan ia adalah “pesen” tkini. Harganya mampu beli & milik. RM$*% sahaja bergantung pada rupanya dan bentuknya. Baru saja menceburi bidang ini 2 mggu yg lepas. Adakah anda berminat?

DIA : wah, menarik juga harganya.. sungguh bminat apabila aku mendengarnya. Raya xlama lg, aku kekeringan brooch.. ini sajakah bisnis yg cuba kamu ceburi? Lain2 tiada?

HAKU : Tahun terdahulu diriku menjual biskut bentuk gajus disaluti coklat. Budak2 begitu menggemarinya. Cuma RM10 satu tapawer. Slain itu, tiada lagi bisnesku kecuali direct selling cadar2, baju2 dan segalanya ada.

DIA : wah kamu begitu hebat, seperti manakah bju2 yg kamu sdg menjual, aku begitu malas memikir soal shopping, yg aku tahu cuma semuanya berada di dpn mata..katakanlah..

HAKU : Aku juga begitu. Selalu penat bila bpusing2 mencari baju yg spadan dgn bdnku. Pelbagai jenis gaya baju itu. Cuma pilih saja dah oda. Memang sungguh menyenangkan.

DIA : owh ya td kamu mengatakn brooch itu harganya lbh kurg RM*$# utk satu, bolehkah aku mengetahui brapa harganya utk 1 tray yg mengandungi 12 brooch itu utk kepastian.

HAKU : Cuma RM#*% sahaja utk satu kotak itu. Tpulang padamu utk mjual berapa. Yg penting, sekiranya kamu mahu, Cuma bank in saja. Dan 3 hari slps itu, brooch itu itu akan smpai kpangkuanmu.

DIA : Aku tidak menjual tp membelinya untuk kegunaan sendiri kuikuikui...dihatiku tidak berminat membeli 1 kerana lbh afdal membeli 1 tray kahkahkah soal bank in tidak menjadi persoalan kerna aku hanya duduk di dpn comp saja utk menyerahkan tunaiku. Adalah matamu boleh memilih brooch yg hebat2 dan tkini untukku?

HAKU : Aku ingin mnukar pasir kucingku. Sekiranya kamu bminat, esok saja lah kita bbicara mengenainya. Akan ku emailkan gmbr brooch nnt. Kamu tunggu saja la. Slmt mlm shbtku.

Lepas tuh, kerana dah mls nk sms, haku call terus dail no hp DIA. Tp haku x dengar ape2, hanya suara gelak kat ujg talian bagai terkena SERANGAN ASMA.. seakan2 terputus2. Haku dah berair mata tergelak sampai rasa sesak nafas dah. Sampai terbatuk2 haku. Last2 haku putuskan call tuh. Sbb langsung xbleh ckp. Call2 nak gelak jer. Haku anto sms.

HAKU : sungguh gila dirimu bgelak ketawa bagaikan asma. Bbelit tali pusatku ini. Besok saja kita menyambungnya. Kerjaku sudah tertangguh. Aku perlu menyelesaikan segera krn diriku akan ditiduri.

DIA : woi kahkahkah x leh ckp, owg kt sbelah tido kahkahkah sakit perut aku hahaha uiiiyahhhh ipin ateng (hahaha....ko nih...giler btol)

Haku dah x reply msg dh sbb masa tuh tgh btungkus lumus cedok pasir kucenku. Keje selesai kul 12.45 am!! Dah siap mandi, haku check hp. Ade satu sms lg dia DIA.

DIA : sungguh kasihan mendengar dirimu blm ditiduri kerana memikirkan tugas. Tidak mengapa, uruskan segera, nnt kita bincang perkara berkaitan. selamat bmimpi indah temanku.

.::Nota Kaki Busuk!::.
Bersambung esok.............

Tuesday, August 18, 2009

~P.A.G.I yang menghanginkan~

pagi nih ati haku rasa panas jerkk...
mendidih darah sampai ke kepala hotak..
xmarah ngan sapa2 tp MARAH DIRI SENDIRI YANG MAKIN NYANYUK..!!!
mane x nyer,
dah ler terlambat bangun,
lepas tuh bebarang haku dah siap2 dah sblm mandi,
bila nak hamek lepas mandi tuh, tgk xde..
xtau dah kat mana...
haku carik2 x jumpe,
walhal dah prepare siap2..
eran bin ajaib tol ker haku yang BUTA??????
abis sume barang2 yg haku dh susun,
bersepah balik sbb geram punye pasal..

yang haku panas sangat bukan apa
aku rasa dah makin teruk PENYAKIT PELUPA aku nih!!!
agaknyer besok2 haku dah x ingat dah mana satu LAKI AKU!!!
ishhhhhhh...tensiotttt jer!!

.::Nota Kaki Busuk!::.
biler la haku bleh mengawal api kebaranan & kemarahan nih? huh!

Monday, August 17, 2009

~P.E.R.G.I tak kembali. Al-Fatihah..~

Al-Fatihah buat semua hamba2 Allah
yang dah kembali kepadaNya.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa,
diluaskan dan diwangikan kuburnya,
diterangi nur keampunanNya, dicucuri rahmat &
ditempatkan rohnya di kalangan orang2 yg beriman.
.....AMIN.....





.::Nota Kaki Busuk!::.

Friday, August 14, 2009

~K.U.C.E.N kiyuutttt~



kiyuuttt x kucen tuh?
huhuhhuhu...pic tuh haku hamek masa 2nd gader
kat Petshop Pakcu @ Seksyen 15, Bangi (kronies PF tau)
x hengat biler tp rasanya bln 5 ari tuh kot..
chumel giler...!!
ekceli kucen nih org hantar utk boarding tp haku sempat
la felok2 & shiyom2 dia sbb geram + x tahan
nengok kekiyuuutan tahap yang amat2 mencairkan jiwa raga nih


.::Nota Kaki Busuk!::.
Kalo orang kasik FREE kucen nih,
rasanya mau meletup Perang Dunia ke-Seploh Juta
dek kerana abg TNB dah memutuskan
bahawa TIDAK BOLEH ada pertambahan kepada MAKHLUK BERBULU
itu dirumahku skang nih disebabkan
sudah ade 8 hekor..
Yang hader skang neh pun dia dah bising2 soh dikurangkan
(terpaksa la adinda menurut perintahmu walaupun berat
rasanya hati ini wahai kandaku)

~M.E.N.U : Telur Bistik

Bahan-bahannyer:

· 5 biji telur
· 60 ml susu segar
· garam, serbuk lada sulah secukupnya
· 4 camb minyak
· 1 camb mentega
· 3 biji bawang merah
· 50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)
· air secukupnya
· 1/2 biji cili benggala merah } dadu halus
· 1/2 biji cili benggala hijau }
· 1 biji cili merah, dicincang halus
· 3 biji cendawan butang, dihiris nipis
· 2 camb susu cair/krim


Cara-caranyer:

i. Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.

ii. Cairkan mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan seketika. Larutkan sos perang dengan air hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan bawang merah dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih, campurkan dengan telur scramble tadi dan hidangkan.

.::Nota Kaki Busuk!::.
haaa...sila...sila.. (sila telan air liur).

~M.E.N.U : Scramble Egg..~

Bahan-Bahannyer:

· 2 camb mentega
· 4 biji telur
· 4 camb susu cair
· sedikit garam & serbuk lada sulah
· 1 camb krim segar/putar


CARA MEMBUAT:

Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit).

Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras.

.::Nota Kaki Busuk!::.
haaa...cita sal makan lagi....!

~M.E.N.U : Kerutuk Daging~

Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

Bahan-bahan ( 5 orang )

500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]

1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-caranyer:

Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih.
Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk.
Panaskan minyak.Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan.
Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

.::Nota Kaki Busuk!::.
mud posa dah menjelma....jangan marah...
hhuhuhuhu