BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Monday, October 26, 2009

*CHICHI IN ACTION*

nih pose aksi dr ChiChi buat aunty Haniz
aka Cik Puan Narasid aka wife kepada bespren hubby.
Dia kalau sms haku kata nk dtg umh tuh,
mmg xde lain..dia nk tgk ChiChi.
Dlm byk2 tuh, ChiChi gk yg dia ingat.hehehehe
Agaknyer sbb ChiChi nih manja + pandai bodek kot.
ChiChi nih ler ank bulus haku yg paling mesra alam.
x kisah sape datang, manja x hengat.





pst: tolong jangan tiru aksi ini dirumah!











tido style ala2 merajuk :))



mamat nih sentimental tau. manja ngn mak dia ;)

@>- GAMBAR CHICHI YANG TERKINI-<@
gambar amek mlm td. muka tgh monyok.
lepas cuci tinge, buh ear drops & ptg kuku.






chichi monyok kejap jer..
lepas tuh dtg blk nk gesel2 & mintak gosok piyut ;)


.::Nota KhaKi BuSux!::.
pst : haniz, sorry ler ekk last week x pick-up call.
akak x dengar. len X, kne sms @ call awal2 taw..

*CHEESEDALE & DVD PLAYER*

dlm byk2 dorang neh, haku x tau sbb ape Cheesedale
mmg x bleh tgk DVD Player bergerak bila
tempat CD tuh kuar. Tgh syok main @ bergumpal,
dengan otometiknyer dia akan stop & terus menuju
kat DVD Player tuh & sepantas kilat dia akan lempang
mende tuh. Agaknyer dia ingat mende tuh "musuh"
atau ancaman buat dia kot.

Tp ada time, haku saje jer wat mende tuh kuar masuk.
agak2 dia nak lempang, haku cepat2 tekan remote soh masuk.
saje jer nak nyakat dia. Sbb Cheesedale nih jer
yg "cepat tangan" klu nampak mende alah tuh. yg len x eran.
haku plak "cepat jari" jer nekan remote tuh.
ada time, dia terLEMPANG gk mende tuh sampai haku
kene sound ngan hubby. tp haku kasik jaminan,
kalau DVD Player jenama LG tuh patah/rosak,
haku GANTI ngan JENAMA SONY ker, PANASONIC ker,
SAMSUNG ker (wah..!! belagaknyer haku walhal RM mane nk carik???)




tp haku mmg sukehhhh nyakat dia. x blh x menyakat.
nnt bulu bakang dia akan kembang2. wakakaka



tgh mengenalpasti sasaran "LEMPANGAN"






nnt bulu dia jadik cam ade line skit.
meremang agaknyer...



dah kepenatan. malas haku nak layan..wakakakak

.::Nota KhaKi BuSux!::.
walau ape pun "org" ckp,
dorang sentiasa buat haku tersenyum.

*SYAMPU MALASEB & EAR CRANKER DROPS*

haku g Klinik Mesra ari tuh beli mende nih.
total sume RM28. Haku bayar dr RM
yg haku amek dr purse haku sirik.
Kebetulan lalu situ. Kebetulan ker?
Anggap ler kebetulan jer. Kang ajak, susah jugak.
bleh jadi "isu @ sebab musabab".
am i rite?????????????????


ear cranker drops utk ChiChi,
tinge dia ade earmites. sian tgk.
tergaru2 lak tuh.



nih plak utk wiwi. fungal dia still lom ok sepenuhnyer.
tp kira lebih baik dr masa mula2 amek dia
6 bulan yg lepas ler.

.::Nota KhaKi BuSux!::.
nih kira PEMBAZIRAN jugak ker??????????

*TANDATANGAN?*



.::Nota KhaKi BuSux!::.
ngeeeeeh...ngeh...ngeh...
1st time haku tgk sain-necer bentuk cam nih ;p
ops...org TNB, sila abaikan yer!

*HAKU @ KLINIK (LEPAS BERAYA SAKAN)

nih masa haku kat klinik ujg bulan 9 lepas.
g Poliklinik An-Nisa Sek. 7 BB Bangi konon2 nak
check sbb batuk kuat x berenti + badan rasa
cam nak demam. check tekanan darah,
140/? x ingat yg "per" brp tuh. last2 kene "check-in" sekejap
kat klinik tuh sbb kne buat nebulizer
utk pecahkan kahak yg x reti nk kuar2 tuh,
mende tuh buat haku rasa sesak + x selesa.



mula2 haku duduk jer. sensorang lam tuh,
hubby plak check gk kat luar. dia pon batok gk.
bila hubby masuk temankan haku, doc dtg soh baring..
segan plak..sbb haku ingatkan sekejap jer..


rupanya kene repeat proses tuh. last2 doc
masuk bilik tuh lg sekali..soh haku baring..
ngeeeee....malu2 plak rasanya...
(cam la haku x biasa baring katil spitel)



.::Nota KhaKi BuSux!::.
hari tuh haku pat MC sari (29.9.2009).
dan esoknyer haku tambah amik cuti rehat sari
sbb btl2 x larat. dan....haku demam seminggu!!
punya la penangan raya..! hhuhuhuuh

*CUCUR BILIS ALA BEBEH*




.::Nota KhaKi BuSux!::.
oleh kerana tiba2 lapar setelah seharian
xmakan nasik (mogok lapar punye pasal)
maka, tepat pukul 12.28 mlm,
siaplah cucur bilis "resepi ala2 bebeh"
aka resepi campak2 jer.
x lupe, teh 0 panas2..perghhhh...!!
nikmatnya bab2 makan nih. =p~

*BAByVi PEGI CHECK-UP*


senin yg lepas hubby bawak babyVi g check-up.
isik angin, still cam kurang angin kate nyer.
check punye check, tayar bocor skit.
tayar pun dh agak "BOTAK" so nk kene tukar ler
nampak gayanyer. Tuan dia pun ikut "BOTAK"
gk ler lepas nih sbb nk tukar tayar baru
plus babyVi nih plak sambut "besdey ke-3"
pada 29.10.2009 nih. Botak....! Botak...!!


soh cina tuh check tayar. bayar RM3! xde mende FREE kan?



"sempot-rim!" Haku berangan yg atas sekali belah kiri.
tp tuh saiz yg besar punye.
angan2 nak tuko "sempot rim" tuh..
tp ntah biler....huhhuhu

.::Nota KhaKi BuSux!::.
ngeeeeeeeee.....

Friday, October 23, 2009

*GAMBAR RAYA ABG. HAKU & FAMILY*

Setelah menunggu agak beberapa lama, akhirnya sampailah emel gambar raya family abg haku yg no. 2, Encik Chegu Samsuddin @ Jaya & bininya, Puan Mardiana.

Anak2 dia:
1) Muhammad Jaya Syirazi (yg haku mimpi tuh)
2) Syazwisyahmi Marahaini
3) Muhammad Jaya Syazwan Haziq
4) Syazwisyahmi Mahirah Najwa (berbelit lidah nenek dorg sebut)

Nih gambar2 dorang:




















.::Nota KhaKi BuSux!::.
long...sik mek sangkak, kusi singgel-sit ya
bleh muat 2 orng..muahahahaha...
niwei, samat raya long...
dah abis bulan raya, tp bulan dipabali still ada gik
(taep begawut nak balit tok) huhuuh

*MIMPI BURUK HAKU*

Mlm tadi haku mimpi...iskkk....giler ngeri seram sejuk kaki jer bila fikir balik pasal mimpi aku mlm td. Kisah dalam mimpi tuh cam nih....



Kat kawasan flet yg haku x tau kat mana tp cam kat Flet Ijau Putrajaya tmpt haku tinggal bujang2 dulu. Masa tuh haku nampak anak sedara haku, Muhammad Jaya Syirazi @ Razi & kengkawan dia tgh main kat satu umh yg xde orang. Haku yg lalu depan tuh, xde plak nak tegur soh jangan main kat situ ke ape. Haku men tengok jer. Sbb haku anggap tempat tuh ok & selamat utk dorang main. Kira ok lah kan dr main kat tepi2 jalan. Dengan kete laju, byk lg tuh. So haku wat derk jer la.




X lame lepas haku turun flet tuh, dengar kecoh2. Org ckp ade kebakaran kat umh kosong tkt ats. Haku xde ler terfikir sal dorang tuh. Terus g mane ntah. OTW nk g tempat yg haku x tau nak tuju tuh, haku tiba2 teringatkan si Razi yg tadi main kat umh kosong tuh. Terus x sedap ati. Terus pecut balik umh. Tgk dah ramai giler kat situ. Ngan Pulis, Bumba, Ambulen segala. Haku dah kecut perut. Mungkinkah......??????


Telahan ku x silap. Mmg Razi & kawan2 dia yg terlibat dalam kebakaran tuh. Maybe sbb budak2 tuh main mancis. Dorang ckp ade 2-3 yg ninggal dlm kebakaran tuh. Haku rasa cam nak pengsan tp still mengharap keajaiban. Tapi.....masa tuh punya la haku meraung bila tgk jenazah yg diusung depan haku tuh adalah Razi ngan kawan dia. Haku terus pengsan. Haku sedar2 jer, tgk kat umh dh ready nak kebumikan dia. Pengsan lagi sekali. Haku nyesal sbb x larang dorang main kat umh tuh. Kalau haku larang dorang, mesti Razi still ade lagi. Anak sedara haku mesti x kurang sorang. Dah ler haku penah jaga dia kejap masa kecik dulu. Haku rasa terkilan yg amat sangat. Masa nak kebumi tuh, haku sempat tgk jenazah dia. Mmg xde cacat cela, kesan terbakar pun x. Nampak cam dia tgh tido jer. Dorang ckp, dia x melecur tp cedera kat kepala kene timpa mende jatuh masa kebakaran tuh. Plus lemas kene asap tebal. Lagi haku terkilan. Kalaulah haku larang dorang awal2, xde ler jadik cam tuh. Perkara yg haku dah x bleh undur balik. Nyesal! Tapi dah x guna!


Macam2 haku pikir. Lepas nih anak sedara haku tinggal 17 orang jer. Lepas nih klu time dorg blk raya kat Oya, dah xde dh nak tlg haku hidang air kat budak2 yg datang umh. Lepas nih xde dah anak sedara yg kecik2 dulu paling nakal & hyperaktif. Lepas nih xde dah anak sedara yg befdey dia terbalik ngan befdey haku (Razi 12/8, haku 8/12). bla..bla..bla..sambil nangis dah x hengat dunia. Lepas tuh haku dah x tau ape jadik.



Sedar2..rupanya haku mimpi. Astagfirullahalaziiimm....Mainan setankah? Sebab haku tido x basuh kaki kah? Sbb haku x baca doa kah? Yang pasti, yg haku nangis dalam mimpi tuh, mmg haku nangis betul2 masa haku sedar tuh. Haku tgk jam. Kul 2.53 am!!! Rasa nak call Along (mak dia) @ abg haku tp dah tentu mengganggu dorang. Pagi2 kelat buta tuh. Lgpun haku harap tuh cuma mainan tidur angkara setan.




Lepas tuh haku try nak tido balik. Mata dah x ngantuk. Haku paksa2, x jadik jugak. Last2 haku tgk tv, sampai la terlelap cam tuh jer & haku sedar2 alarm bunyik kul 6.15am!


.::Nota KhaKi BuSux!::.
Mimpi tuh mmg betul2 buat haku rasa takut bila memikirkan cemane la klu haku kehilangan salah sorang lagi anggota kuarga. 8 thn lepas ayah pergi. Pemergian tuh pun haku x pnh terfikir secepat tuh & semuanya buat haku rasa cam nak gila x dapat terima hakikat yg haku dah xde bapak. Haku x ready utk terima semua tuh. Semoga Allah lindungi, panjangkan umur & bg kesihatan yg berkekalan buat keluarga haku. AMIN!

Thursday, October 22, 2009

*FORMULA MAKANAN GENIUS ISLAM SILAM*

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.


4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.


19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.


22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori.


.::Nota KhaKi BuSux!::.
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"
tengkyuk makcik!