BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Thursday, December 24, 2009

*CHELLO SEBELUM + SEMASA*

.:@:. CHELLO SEBELUM SAKIT .:@:.








.:@:. CHELLO SEMASA SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEBELUM SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEMASA SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEBELUM SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEMASA SAKIT .:@:.



*CHELLO SAKIT-day 2 *


Memandangkan mlm haku pasan dia sakit tuh klinik dh tutup, so thari esoknyer (22/12) tuh haku mintak kebenaran bos nak kuar awal. 12.30 thari hubby dtg amik. Blk umh amik dia, sekali lg haku terkejut. Rasa cam nak terduduk tgk MATA DIA DAH KUNING!! KUNING SANGAT2! Itu bukan mata Chello...!! Mata Chello bukan kaler kuning tp krim nak ke biru2 skit. Haku tahan jer ati dr menangis. Tak nak Chello lemah semangat. Cepat2 bwk dia g Klinik Mesra, Seksyen 7, Bdr. Baru Bangi.

Sampai kat sane lepas Dr. Ainul tanye2 pasal Chello sama ada termakan something then check2 badan dia. Pasal makan tuh susah nk ckp sbb dorg biasanya klu nampak kumbang, lalat @ menatang kecit2 terbang..sume cam gile berebut nak tangkap. Bila dh dpt tgkp, sape cepat..dia ler dapat. Takut termakan tu jer la. Lepas check2 tuh, sorg pompuan x sure dia Pembantu Vet ke ape...force feed dia. Kasik Avoderm utk dia makan. Pompuan tuh pun baik jugak. Ramah, kita tanye x lokek nak jawab. Tuh yg aku eran ngape ade org ckp kat situ x "mesra" macam nama klinik dia, Klinik "MESRA".

Satu yg haku perasan, masa Dr. Ainul check montot dia, Dr. Ainul dengan selamba jer sentuh direct kat tempat poo yg dh kering & berkerak tuh. Tak pakai GLOVE!! Sbb dia nk tgk keadaan telur Chello sbb haku & hubby takut poblem kne infection kat situ. Salute! Haku x ler geli sangat tp klu nak sentuh direct poo dorg, biasanya berlapik jugak ler. Niuspeper ker...beg plastik ker.. Hubby pun perasan gak tgk Dr. Ainul pegang area poo x sarung glove. Dan dlm kete dia ckp KALAU DIA, dah geli dah...

Dr. Ainul decide nak warded kan si Chello.Haku x kisah dah masa tuh, asallkan Dr. Ainul buat yg TERBAIK utk selamatkan nyawa Chello. Klu terpaksa berhabis, haku rela DARI MENYESAL TAK SUDAH KEMUDIAN HARI. Ptg tuh Dr. Ainul suspect dia POISONING or LIVER FAILURE. Chello jadik demam, suspect liver failure, ulser semuanyer tuh mungkin disebabkan poisoning. Rasa cam nak tercabut jantung haku nih. Haku cuma bleh doa dia x sampai ke peringkat yg teruk. Haku nak dia sihat & selamat..blh balik umh cpt. Sunyi umh xde dia. Xde makhluk berbulu nak golek2 kat kaki. Lepas nih dia nakal2, haku xkan marah2 lg...haku janji..!!

Ari tuh Chello kne cucuk 3 tempat, tepi paha kiri & kanan & belakang tengkuk. Pastuh Dr. Ainul kasik 2-3 jenis ubt, jeli mata utk ulser, yg cucuk tuh maybe utk demam dia sbb badan dia agak panas, dan rasanya satu lagi ubat utk LIVER PROTECTION.


Dlm carrier masa mula2 sampai kat Klinik Mesra




kesian dia. nak bukak mulut pun susah.
cam kne gam jer. cemane nak mkn???






tgh tgk Dr. Ainul tulis psl penyakit dia..hu3xx


keadaan MATA dia..


ade ULSER BESAR kat gusi dpn dia
x dpt imejin cemane rasa pedih klu mkn










Nih masa dia dh masuk cage lepas Dr. Ainul check










sedih tgk gambar2 nih. dia bukan Chello
yg blh duk diam klu kat umh :(








masa kami nak balik opis tghari tuh,
Chello cam ngantuk. Sama ada betul2 ngantuk,
atau sbb sakit ataupun sbb dh masuk ubat.

*CHELLO SAKIT - day 1*

2 mlm yg lps (21/12), jam 9pm++ lepas blk dr Alamanda beli brg dapur & jumpa Sal sbb nk amik mini cat ftree, haku & hubby (dgn paksa rela) tukar2 pasir & bersihkan bilik dorg / sambil membasuh baju letak dlm mesin basuh jer pun. So, dorg haku biar main jer kat ruang tamu. Sbb leka ngemas & mop bilik dorg..haku x perasan langsung yg Chello lain macam. tak aktif + lembik + lemah + monyok. Selalunyer klu haku bukak pintu bilik dorang, dia terus golek2 kat kaki sampai kita x blh nak melangkah. Silap melangkah, sah2 dia kne pijak.

Dah settle keje ngemas dlm kul 11pm+++, haku tgk dia duk diam2 dlm bekas oren (bekas poo+pee yg dorg xnak guna yg dh dijadikan markas persembunyian). Haku ingatkan dia menyorok sebab penakut (ada time manja, ada time takut2) tp rasa xsedap ati tgk dia cam tuh, so haku check2 muka dia...Ya Allah...muka dah x serupa kucen dlm umh. Rasanya kucen kat luar lebih bersih dr dia walhal baru jer lepas mandi smggu sblm tuh. Dengan hidung comot, badan lemah, dagu berlendir pekat, bulu serabai & bontot berkerak (poo cair yg x dibersihkan seperti kebiasaan)..rasa macam kucen yg dpn haku tu bukan Chello jer.

Haku angkat badan dia, riba dia kat pangku tp dia lemah sesangat. Mata terpejam jer. Darah haku dah berderau. Panik! Takut! Nangis? X payah cita la.. org yg sayang & betul2 minat kucen jer tau cemane perasaan time tuh. Takut ape2 jadik kat dia. Haku x tau nak buat ape dah time tuh. Soh hubby call laila. otak blank!!! Nak bawak g jumpa vet, mane ade klinik hewan bukak memalam cam tuh. Sudahnyer, haku hanya buat ape yg termampu. Lap muka dia, mata, hidung, bontot sambil pandangan samar2 sbb kabur dek air mata. Hubby dh bising2 soh haku JANGAN NANGIS. takut Chello makin stress.

Haku x sangka, 3 hari jer haku tinggalkan dorg masa g Tganu ari tuh, blk2 jadik cam tuh. Silap haku x belek badan dia ari haku sampai tuh. Hanya mintak hubby tlg check makan + minum dorang jer sbb haku x berapa sihat. Kalau haku check badan dia ari tuh, x jadik cam nih. bleh bwk dia g jumpa vet awal2. Menyesal x sudah!! Salah aku...!!! Memang salah aku..!!!

Masa pangku dia, dia lemah jer. Salunyer klu x cuba nak lari, dia akan sibuk nak bangun. tak nak kne pegang. Lagi sayu ati aku nih. Dia x macam tuh sblm2 nih. Haku titis air suam kat mulut dia kasik dia minum air, dia telan sikit2 jer. Mulut dia x bleh nk bukak sangat. Cam kne gamberlendir. Kat bibir dia ade ulser kecik2. Banyak!!! Haku tau sakit ade ulser wlu sikit cemane. Nih kan plak byk2. Haku x sure brp hari dh dia x mkn @ kurang selera makan. Mlm tuh lepas masukkan dia dlm bilik, lepas haku siap2 mandi..haku g check dia balik. Kasik wetfud. X layan. Dia pandang ke lain. Lagi haku macam nak gila. Tolonglaaa...klu korang betul2 minat kucen, haku x payah nak gambarkan cemane perasaan tuh. Tp perasaan haku agak lega sbb masa haku check dia lepas haku mandi tuh, dia bangun minum air kat toilet. Lega tp bukan sepenuhnyer.

Masa tuh haku & hubby cuma syak dia kne infection lps dia neuter dulu sbb dulu2 lps neuter, luka dia salu bleeding. Pastuh bila dh ok, 2-3 mggu lepas tuh area *tuttt dia pink balik cam ade ruam/luka2. Mcm2 haku dh fikir masa tuh. X dpt nak terima sebarang menda buruk klu jadik ape2.



keadaan dia masa mula2 haku perasan dia SAKIT!
lemah & lain dr biasa + monyok


montot yg kotor gila sbb dia cirit.
klu korg geli, sila abaikan gmbr nih...




haku selimutkan dia kasik dia rasa selesa


kasik wetfud, dia x layan langsung!


close up keadaan muka dia.
serius haku ckp, haku mcm x caya nih ler CHELLO!






terlentok sbb lemah







Wednesday, December 23, 2009

*MINI CAT TREE*


Ari senin lepas, bebudaks dpt adiah "mini cat tree & scratch roller" dr Aunty Sal aka mommy Toty, Mel & Yoshi. Aunty Sal dorg kasik free sbb anak2 nyer x reti main. X nak layan. Last2, Aunty Sal decide nak bg kat dorg jer. Best sesangat!! Sampai umh, haku ajo sikit jer... dorg terus rasmikan mende tu. Nasib baik sempat spray Front Line. Ekceli Aunty Sal dorg soh jemur dulu tp ujan2 cengginih susah nak jumpa mentari pagi. Nak2 plak time keje. Kang jemur siap pagi2 tuh, sblm haku blk keje, takut ujan plak. X pasal2 lencun.

--->>>>* gambar2 & aksi dorang * <<<<---





CHEESEDALE ::: memula siyom2 kat bwh.
cam ade bau2 toty, mel & yoshi kot agaknyer..hehehe..


pastuh siyom kat atas plak..


Dan...rasmilah sudahh...


CHESTER ::: "eksplorrr" siasat bwh dulu.
kot2 dlm tuh ade tikus menan ker..
aweks cun ker..


pastuh...


dan...begitulah jua akhirnya...


nih dh letak dlm blk dorg.
si CHEESEDALE yg "kongker"


yg lain sibuk makan, CHEESEDALE bo-layan.
si CHELLO yg dlm bekas oren tuh
mmg x layan. Tgh SAKIT. sian dia :'((


dan..dah tentu CHICHI x nak ketinggalan..

.::Nota KhaKi MuS0x!::.
to Aunty Sal, thanks byk2 dr kami yer..
semoga murah rezeki selalu...
AMIN

*LELAKI PIJAK PERUT ISTERI MENGANDUNG*


Lelaki pijak perut isteri mengandung ditahan


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membelasah isterinya dengan kejam hampir empat jam termasuk memijak perut mangsa yang sedang hamil dua bulan di rumah pasangan itu di Tasik Permaisuri.


Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, berkata pihaknya ke rumah mangsa di Tasik Permaisuri selepas mendapat laporan daripada mangsa sebelum berjaya menahan lelaki itu, kira-kira jam 10 malam, pada Ahad lalu.


Beliau berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan untuk membantu siasatan.


“Suspek ditahan reman sehingga hari ini di Balai Polis Pudu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan wanita berusia 30-an terpaksa menanggung azab apabila suaminya membelasahnya dengan kejam dipercayai hanya kerana menegur lelaki itu supaya tidak menggunakan kata kesat ketika berbual dengannya.


Dalam kejadian Selasa minggu lalu itu, kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Tasik Permaisuri di sini, jam 10 malam.


Lebih memeritkan apabila lelaki itu dikatakan berulang kali memijak perut isterinya biarpun dirayu supaya tidak berbuat demikian kerana sedang mengandung.


Difahamkan, pertengkaran bermula apabila wanita itu menegur suaminya supaya tidak menggunakan kata kesat ketika berbual dengannya.


Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan.

.::Nota KhaKi MuS0x!::.
komen haku???
SPEECHLESS....!!!!!!!!!

*SHUT UP..!!*


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
ada masa, LEBIH BAIK berdiam diri dr berkata-kata..

*ESEI TERBAEKKKKK PUNYA...*




.::Nota KhaKi MuS0x!::.
ngeeee...budak2 punye la tinggi imaginasi berkarya..