BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Thursday, December 31, 2009

*CHELLO SAKIT - day 4*

Hari ke-4 (24/12). Mata dh x kuning dah. Tiap kali haku g melawat dia, sama ada vet @ asst. vet, dorg akan bgtau haku keadaan dia tanpa ditanya2. Lega. Sekurang2nya haku tau dorg rawat & jaga dia dengan baik. Layanan so far ok. Xpnh lg kne yg x OK. Haku puas hati sangat. Berbeza dengan tanggapan org yg haku dengar2 selama nih. Bg haku la, kita nak tau baik @ x berapa baik layanan kedai @ klinik tuh, kita kne selidik dulu. Jangan main dengar & telan bulat2 jer ape org ckp. Seingat haku, dr masa mula2 Chello kne "Flea Allergic" dulu, haku xde lg kne layanan yg x berapa nak baik. Salu jugak g Klinik tuh cuci mata tgk bebarang sambil cuit2 "penyambut tetamu" yg chumel & gebus2 belaka. Klu ade pun sebarang kekurangan, bg haku lumrah la tuh. X semua & setiap hari sama. Bak kata bos haku, "..everyday is NOT the same day..". Cam kita jugak. Ada hari mood OK, ada hari KO. Tol x????

Blk dr melawat Chello tuh, kami terus g LCCT. Amik ank sedara haku plak, blk dr Sibu pas cuti pertengahan sem. sebulan. Sempat jumpa Laila kejap, borak2 sementara menunggu flight anak sedara haku sampai. Kebetulan masa tuh Laila keje mlm. Jumpa kejap pun kira ok la. Salu dok msg2 jer.

Blk2 tuh, kami g mkn. Tiap kali haku g makan, rasa serba salah pun ade bila teringatkan Chello yg still x leh nak mkn. Kami makan sedap, Chello xblh nk mkn sbb ulser. Kami tido nyenyak, Chello thn sakit. Yg lain berlari2 dlm bilik, Chello kne kurung dlm cage. Org x paham mesti ckp "..apsal plak dia yg beria2 @ over sedih? Kucing jer pun..bukan anak.." mmg betul klu org nk ckp cam tuh. Mmg setakat KUCING jer tp bg haku, dorg dh mcm anak. Dr kecik haku bela dorg. Kawan haku time suka duka. Haku nk cite panjang pun, x guna jugak. Biar yg minat & syg kucen mentafsir sendiri.
































*CHELLO SAKIT - day 3*

Hari ke-3 (23/12) Chello sakit. Terus terang haku ckp sebenarnya tiap kali haku nak g melawat dia, hati haku nih mmg berdebar2. Takut tiap kali haku g melawat dia, xde perubahan yg positif. Itu yg haku plg2 x bleh nak terima. Sepatutnya haku lebih berfikir secara positif supaya xde memberi kesan buruk kepada haku (stress) jugak kepada Chello.

Tp alhamdulillah, tiap kali kunjungan haku ke Klinik Mesra tuh, Chello sentiasa menunjukkan peningkatan yg baik. Dr day 1 masa mula2 hantar dia ke Klinik tuh dengan mata kuning nya, kepada mata yg dh x kuning sangat dah. Dr dia lemah, kepada dh bleh bangun, dh bleh golek2 dlm cage. Malah, masa kunjungan hari ke-3 tuh, dr haku rasa sebak tgk keadaan dia, last3 jadik kelakar. Chello buat aksi tertonggeng2 dengan muka x bersalahnyer. Syukur sangat2. Haku tergelak, hubby gelak & vet kat situ pun tergelak tgk aksi dia. Vet ckp, hari semalamnyer (22/12) masa kami balik tuh dia ade bangun kejap. Syukur. Sekurang2nya dia blh bangun. Cuma mkn still kne force feed lg. Xpe la. Sekurang2nya kat situ, dia lebih terjaga & vet bleh pantau keadaan dia. Dan haku pun x pnh tanye kat vet bila dia bleh kuar.
aksi dia yg buat haku tergelak wlu tgh sedih ms tuh

dh blh bangun dh

sakit2 pun still nampak lg manja dia


ulser dia teruk sangat. dia dok gesel2 muka
dia guna tangan.



Tuesday, December 29, 2009

*I CRY SILENTLY*

i'm going to SMILE
like nothings WRONG
talk like everything PERFECT
act like its all a bad DREAM
and pretend it's not HURTING me

i got HEART
full of PAIN
head full of STRESS
hand full of ANGER
held in my CHEST

i cry SILENTLY
inside of me
HOPELESSLY........

live like there is no TOMORROW..
will i....??? turn back the time..

Thursday, December 24, 2009

*CHELLO SEBELUM + SEMASA*

.:@:. CHELLO SEBELUM SAKIT .:@:.








.:@:. CHELLO SEMASA SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEBELUM SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEMASA SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEBELUM SAKIT .:@:.


.:@:. CHELLO SEMASA SAKIT .:@:.



*CHELLO SAKIT-day 2 *


Memandangkan mlm haku pasan dia sakit tuh klinik dh tutup, so thari esoknyer (22/12) tuh haku mintak kebenaran bos nak kuar awal. 12.30 thari hubby dtg amik. Blk umh amik dia, sekali lg haku terkejut. Rasa cam nak terduduk tgk MATA DIA DAH KUNING!! KUNING SANGAT2! Itu bukan mata Chello...!! Mata Chello bukan kaler kuning tp krim nak ke biru2 skit. Haku tahan jer ati dr menangis. Tak nak Chello lemah semangat. Cepat2 bwk dia g Klinik Mesra, Seksyen 7, Bdr. Baru Bangi.

Sampai kat sane lepas Dr. Ainul tanye2 pasal Chello sama ada termakan something then check2 badan dia. Pasal makan tuh susah nk ckp sbb dorg biasanya klu nampak kumbang, lalat @ menatang kecit2 terbang..sume cam gile berebut nak tangkap. Bila dh dpt tgkp, sape cepat..dia ler dapat. Takut termakan tu jer la. Lepas check2 tuh, sorg pompuan x sure dia Pembantu Vet ke ape...force feed dia. Kasik Avoderm utk dia makan. Pompuan tuh pun baik jugak. Ramah, kita tanye x lokek nak jawab. Tuh yg aku eran ngape ade org ckp kat situ x "mesra" macam nama klinik dia, Klinik "MESRA".

Satu yg haku perasan, masa Dr. Ainul check montot dia, Dr. Ainul dengan selamba jer sentuh direct kat tempat poo yg dh kering & berkerak tuh. Tak pakai GLOVE!! Sbb dia nk tgk keadaan telur Chello sbb haku & hubby takut poblem kne infection kat situ. Salute! Haku x ler geli sangat tp klu nak sentuh direct poo dorg, biasanya berlapik jugak ler. Niuspeper ker...beg plastik ker.. Hubby pun perasan gak tgk Dr. Ainul pegang area poo x sarung glove. Dan dlm kete dia ckp KALAU DIA, dah geli dah...

Dr. Ainul decide nak warded kan si Chello.Haku x kisah dah masa tuh, asallkan Dr. Ainul buat yg TERBAIK utk selamatkan nyawa Chello. Klu terpaksa berhabis, haku rela DARI MENYESAL TAK SUDAH KEMUDIAN HARI. Ptg tuh Dr. Ainul suspect dia POISONING or LIVER FAILURE. Chello jadik demam, suspect liver failure, ulser semuanyer tuh mungkin disebabkan poisoning. Rasa cam nak tercabut jantung haku nih. Haku cuma bleh doa dia x sampai ke peringkat yg teruk. Haku nak dia sihat & selamat..blh balik umh cpt. Sunyi umh xde dia. Xde makhluk berbulu nak golek2 kat kaki. Lepas nih dia nakal2, haku xkan marah2 lg...haku janji..!!

Ari tuh Chello kne cucuk 3 tempat, tepi paha kiri & kanan & belakang tengkuk. Pastuh Dr. Ainul kasik 2-3 jenis ubt, jeli mata utk ulser, yg cucuk tuh maybe utk demam dia sbb badan dia agak panas, dan rasanya satu lagi ubat utk LIVER PROTECTION.


Dlm carrier masa mula2 sampai kat Klinik Mesra




kesian dia. nak bukak mulut pun susah.
cam kne gam jer. cemane nak mkn???






tgh tgk Dr. Ainul tulis psl penyakit dia..hu3xx


keadaan MATA dia..


ade ULSER BESAR kat gusi dpn dia
x dpt imejin cemane rasa pedih klu mkn










Nih masa dia dh masuk cage lepas Dr. Ainul check










sedih tgk gambar2 nih. dia bukan Chello
yg blh duk diam klu kat umh :(








masa kami nak balik opis tghari tuh,
Chello cam ngantuk. Sama ada betul2 ngantuk,
atau sbb sakit ataupun sbb dh masuk ubat.

*CHELLO SAKIT - day 1*

2 mlm yg lps (21/12), jam 9pm++ lepas blk dr Alamanda beli brg dapur & jumpa Sal sbb nk amik mini cat ftree, haku & hubby (dgn paksa rela) tukar2 pasir & bersihkan bilik dorg / sambil membasuh baju letak dlm mesin basuh jer pun. So, dorg haku biar main jer kat ruang tamu. Sbb leka ngemas & mop bilik dorg..haku x perasan langsung yg Chello lain macam. tak aktif + lembik + lemah + monyok. Selalunyer klu haku bukak pintu bilik dorang, dia terus golek2 kat kaki sampai kita x blh nak melangkah. Silap melangkah, sah2 dia kne pijak.

Dah settle keje ngemas dlm kul 11pm+++, haku tgk dia duk diam2 dlm bekas oren (bekas poo+pee yg dorg xnak guna yg dh dijadikan markas persembunyian). Haku ingatkan dia menyorok sebab penakut (ada time manja, ada time takut2) tp rasa xsedap ati tgk dia cam tuh, so haku check2 muka dia...Ya Allah...muka dah x serupa kucen dlm umh. Rasanya kucen kat luar lebih bersih dr dia walhal baru jer lepas mandi smggu sblm tuh. Dengan hidung comot, badan lemah, dagu berlendir pekat, bulu serabai & bontot berkerak (poo cair yg x dibersihkan seperti kebiasaan)..rasa macam kucen yg dpn haku tu bukan Chello jer.

Haku angkat badan dia, riba dia kat pangku tp dia lemah sesangat. Mata terpejam jer. Darah haku dah berderau. Panik! Takut! Nangis? X payah cita la.. org yg sayang & betul2 minat kucen jer tau cemane perasaan time tuh. Takut ape2 jadik kat dia. Haku x tau nak buat ape dah time tuh. Soh hubby call laila. otak blank!!! Nak bawak g jumpa vet, mane ade klinik hewan bukak memalam cam tuh. Sudahnyer, haku hanya buat ape yg termampu. Lap muka dia, mata, hidung, bontot sambil pandangan samar2 sbb kabur dek air mata. Hubby dh bising2 soh haku JANGAN NANGIS. takut Chello makin stress.

Haku x sangka, 3 hari jer haku tinggalkan dorg masa g Tganu ari tuh, blk2 jadik cam tuh. Silap haku x belek badan dia ari haku sampai tuh. Hanya mintak hubby tlg check makan + minum dorang jer sbb haku x berapa sihat. Kalau haku check badan dia ari tuh, x jadik cam nih. bleh bwk dia g jumpa vet awal2. Menyesal x sudah!! Salah aku...!!! Memang salah aku..!!!

Masa pangku dia, dia lemah jer. Salunyer klu x cuba nak lari, dia akan sibuk nak bangun. tak nak kne pegang. Lagi sayu ati aku nih. Dia x macam tuh sblm2 nih. Haku titis air suam kat mulut dia kasik dia minum air, dia telan sikit2 jer. Mulut dia x bleh nk bukak sangat. Cam kne gamberlendir. Kat bibir dia ade ulser kecik2. Banyak!!! Haku tau sakit ade ulser wlu sikit cemane. Nih kan plak byk2. Haku x sure brp hari dh dia x mkn @ kurang selera makan. Mlm tuh lepas masukkan dia dlm bilik, lepas haku siap2 mandi..haku g check dia balik. Kasik wetfud. X layan. Dia pandang ke lain. Lagi haku macam nak gila. Tolonglaaa...klu korang betul2 minat kucen, haku x payah nak gambarkan cemane perasaan tuh. Tp perasaan haku agak lega sbb masa haku check dia lepas haku mandi tuh, dia bangun minum air kat toilet. Lega tp bukan sepenuhnyer.

Masa tuh haku & hubby cuma syak dia kne infection lps dia neuter dulu sbb dulu2 lps neuter, luka dia salu bleeding. Pastuh bila dh ok, 2-3 mggu lepas tuh area *tuttt dia pink balik cam ade ruam/luka2. Mcm2 haku dh fikir masa tuh. X dpt nak terima sebarang menda buruk klu jadik ape2.



keadaan dia masa mula2 haku perasan dia SAKIT!
lemah & lain dr biasa + monyok


montot yg kotor gila sbb dia cirit.
klu korg geli, sila abaikan gmbr nih...




haku selimutkan dia kasik dia rasa selesa


kasik wetfud, dia x layan langsung!


close up keadaan muka dia.
serius haku ckp, haku mcm x caya nih ler CHELLO!






terlentok sbb lemah