BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Thursday, May 27, 2010

*ONLINE CAT CONTEST*

ari tuh blog nih [PASSION FOR PERSIANS] buat online Cat Contest - Most Adorable Unique Cat. Mula2 haku xnak juin. Yer laa...kucen haku biasa2 jer..mlm td tetiba ghasa gateiiiiiiii nak juin jugak. Just for fun jer pun. Maka dengan gigihlaa haku nih memilih gmbr2 bebudak tuh. Gambar plak bukan puluh2, tp ratus2. Nasib baik la dulu2 masa haku tansper dr pc opis masuk pc bebob, haku dah asingkan siap2 ikut folder nama. So senang nak carik.

Dan dalam byk2 tuh, nih la pix yg haku email kat owner contest tuh. hehehe.. ntah ape2 jer haku kan..ade hati gak nak juin... Tp yang bestnyer, bila tgk gmbr2 peserta yg juin tuh..mcm2 gelagat kucen ade. Buat haku tersenyum sorang2.. Yeahhh.....Kucen mmg satu TERAPI PALING BERKESAN.. x caye., tgk la pix kucen (kecuali korang yg x minat kucen la. tu x dapek den nak nolong)

Pic 1 - RUSTY : ada ku kisah..???? heheh

Pic 2 - CHELLO : mommy, icecream please...please...!!!!


Pic 3 - CHICHI : wachaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!

Pic 4 - CHESTER : i want syusyu la mommy...not SKY JUICE...!!!

Pic 5 - EOWYN @ WIWI : santai dlm laundry basket..

Pic 6 - CHEESEDALE : merenung masa depan.

*BULAN DAH PERGI SELAMANYA*

Entry nih khas ditujukan buat Nana, salah sorang member Petfinder yg baru kehilangan anak bulus kesayangannya pada hari ini jam 11.00am. Rasa terkejut sangat2 bila dpt call dr Nana jam 12 thari td bgtau yg bulan dah "pergi" kul 11 am.  Namun haku dah x tau nk ckp ape kat Nana, cuma blh mintak dia bersabar dengan ujian nih. Sebak dgr dia nangis. Haku dpt rasa ape yg Nana rasa time tu. Kisah Bulan bleh tgk kat blog Nana kat entry [TENTANG BULAN]. Ari tuh masa baca entry pasal Bulan, mmg haku terkejut sangat2 sbb x sangka Bulan yang nampak sihat jer tiap kali haku jumpa dia masa cat show, rupanya ade penyakit yg sungguh x diduga.

Secara peribadi, haku turut menangis bila dengar pemergian Bulan sbb haku dh byk kali jugak jumpa dengan Bulan nih masa catshow. Bulan sekor kucen yg sangat lawa, dengan bulu bersih berkilat, nampak terjaga dengan baik. Penuh kasih sayang.

Apapun, Nana dah cuba buat yg TERBAIK utk Bulan, dan Bulan adalah sekor kucen yg kuat..dapat bertahan selagi terdaya buktinya Bulan terbang bersama Nana sekali ke Sabah, bukannya terpaksa tinggal di klinik & menghabiskan saat2 terakhir tanpa Nana di sisi. Mmg ditakdirkan dia pergi bukan di depan mata Nana sbb dia tau yg dia tak nak Nana bersedih tgk keadaan dia. Dan dia pergi membawa bersama kasih sayang Nana & family :'(

"..Bulan Sayang,
Andai pergi mu penyudah derita,
biarlah kenangan bersamamu, 
kekal selamanya.."


~GAMBAR-GAMBAR BULAN DALAM KENANGAN~
Cat Show @ Midvalley 5/7/2009


Cat Show @ Midvalley 1/11/2009





Cat Show @ SACC Mall, 13/12/2009- YANG TERAKHIR :'(
 Bulan, May You R.I.P..

.::Nota Pilu::.
buat Nana (Couple No. 1 & 2 dr. kanan), Luqman serta family,
semoga tabah menghadapi dugaan nih.
Benar, berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul,
tp percayalah..ada hikmah disebalik semua  nih.
kita dah cuba buat yg terbaik tp takdirlah 
yg menentukan segalanya.
yang lain still memerlukan Nana..

~salam takziah dr kami semua~

Wednesday, May 26, 2010

*HAPDET PIC WIWI*

hapdet pic Wiwi.. layannn...!!!!~~ ;)
Wiwi nih senang nak amik pix. dia duk diam jer

teman haku surf tenet. dia x kacau.
dok diam jer sebelah tuu

penat dok sblm lappy, dia baring kat toto kecik
toto putih bersih tuh mmg haku sedia
utk dorang lepak2 or baring or tido2 ;)





muka dah busan + ngantuk..huhuh


nih cam biasa dia wat aksi eksen2 pengsan =))

ngn Aunty Rusty @ Mek Tot :p

Wiwi dah malas nak posing
laa, mommy...!!

Tuesday, May 25, 2010

*KITTEN FOUND ABUSED, DEAD, LEFT IN FRONT of THEIR MOTHER*

Kittens abused/mutilated to death, bodies laid before the mother [CLIK HERE]

On the 11th within a Kunming Panlong District neighborhood, the four kittens of an adopted stray cat were abused to death. According to the family that adopted the stray cat, on the morning of the 11th when they heard the cat’s tragic cries, they rushed downstairs to discover this stray cat’s four kittens abused to death, and even placed in front of the mother cat. The kittens’ bodies were covered with bullet holes, with blood all over. One of the kittens had its neck tied with a rope and elongated, its chest cut open, heart exposed, while the other three kittens’ heads were stepped on. According to this journalist’s observation, the bullet holes on the kitten’s bodies were caused by a metal toy gun. It is reckoned that during the night of the 10th, someone used a toy gun to beat the kitten black and blue, so that it was unable to escape, before continuing to abuse/mutilate it to death, and intentionally put them beside the mother cat.







.::Nota KhaKi MuS0x!::.
copy paste dr PF. speechless..!
hanya airmata jer yg mampu meluahkan segalanya
sbb mulut dah tak berupaya nak berkata2
sedih sgt...hanya satu yg haku terfikir,
kalau "BINATANG" ade perasaan SAYANGKAN anak,
kenapa SETAN manusia bleh buang anak
cam buang sampah ;'(

Monday, May 24, 2010

*CAT MEOWING IN ITS SLEEP*

rizen haku x jadik ngantuk & musan..
kalo laa tadik dah ingat nk bukak YouTube nih..
 
klik sini --> [SINI]

*NGANTOK + MUSAN & NTAHAPEHAPE*


rindu plak bebob kesayangan aka incik hubby..
xde kwn nak gelak2 sampai sakit urat perut. dia dh g OT
dr kul 8pm td & maybe blk esok pagi, then pagi esok plak
haku kne bangun awl sbb incik hubby kne masuk keje
awl plak esok. haihh.. nmpknyer kul 7am haku dah terpacak
sorg2  kat opis besok. hmppphh...bleh sambung Zzzz kjp.

huarghh...!! senonyer haku lam mud musan + ngantuk + kesunyian
kesunyian???? bluweekkk..!!! dr td terjerit2 
ngan anak2 bulus yg dok 100m, 4x100m  & wat aksi drift
lam umh. haku kejap2 bangun check ape dorg buat.
bile dorg berlari2 dlm umh, lega ler jugak 
sbb nmpk dpn mata. tp bile dorg senyap sunyi kat dapur
& dlm bilik blkg, mcm2 haku pikir. 
ntah ape plak projek dorang yg diketuai oleh 
Samseng Sg. Chua, Kajang..
sape lg klu bukan si Chello tu...


nih dah lega skit sbb sume dah pakat buat tahik mata 
ade yg bergelimpangan bwh meja mkn, ats coffee table, 
ats TV, dlm bilik kt dapur & kat tingkap bilik sambil
menghirup udara nyaman memalam cam nih, 
dan ade sekor dr td dok tumpang alas kepala
dia kat kaki haku..sape lg bukan ChiChi..!!
lenguh tauuuu..!! ingat kaki haku nih bantal ape?? :p

haku plak...pasnih nak wat ape ekk...????
semakin musan...

*CINTA ITU..*


Cinta itu hutan meneduhkan, 
cantik tapi kadang kita tersesat di dalamnya
Cinta itu matahari
panas membakar tapi ia berguna
Cinta itu hujan
selalu kita berlari agar tak terguyur 
tapi selalu kita kenang 
saat kemarau menyerang
cinta itu awan
kadang berarak beriringan 
kadang hilang tak tahu kemana
cinta itu kamu
kadang menyebalkan 
tapi juga kurindukan

credit to 1412syair ats bait2 kata yg sungguh puitis ;)
pstt..mud jiwang bercampur buhsan mlm neh.. :-x 

*MENGENALI DIRI KUCING*


Seperti mana yang kita ketahui kucing adalah haiwan yg sangat manja. Tapi tentu tidak ramai yg tau tentang penjagaan yang sempurna tentang haiwan ini. Sebagai seorang breeder, kita hanya tahu memberi makan serta membersihkan najis sahaja. Tahukah anda ada berapa jenis atau ras kucing yang terdapat di dunia? Berdasarkan pada statistik yang menarik, ada 41 ras kucing yang terdaftar di  [The Cat Fancier's Association (CFA)] pada tahun 2006.

Untuk menjadi seorang breeder, anda perlu tahu tentang faktor-faktor kriteria kucing yang ada. Contohnya terdapatnya beberapa jenis atau ras kucing, saiz setiap jenis atau ras, tempoh pembesaran dan perkembangan.

Selain itu, untuk menjadi seorang breeder. Seseorang itu perlu memikirkan beberapa faktor yang perlu dilakukan. Contohnya dari segi kesanggupan untuk menghabis wang ringgit untuk keperluan kucing itu sendiri.

Mengenai jenis tumbesaran kucing, seekor kucing jantan lebih cepat membesar daripada kucing betina, dan kebiasaannya pertumbuhan kucing jantan lebih cepat beberapa minggu dari kucing betina. Jadi tidak hairanlah mengapa kucing jantan lebih berat dan mempunyai saiz lebih besar saiznya dari kucing betina.

Selain daripada faktor jenis kelamin, faktor Gen juga memainkan peranan yang besar apabila setiap gen ibu dan bapa kucing akan di turunkan pada anak kucing. Tahukah anda kucing perlu tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari? Oleh itu kucing akan menghabiskan 2/3 hidupnya dengan di buai mimpi.

Seekor kucing mempunyai jumlah tulang yang banyak berbanding manusia. Manusia mempunyai 206 tulang manakala kucing mempunyai 230 tulang. Untuk pengetahuan, kucing mempunyai deria pendengaran jauh lebih baik dari manusia dan ataupun anjing.

Bercakap mengenai deria penglihatan kucing pula, kucing adalah enam kali lebih baik daripada anjing apabila berada di tempat gelap.

Setiap seekor kucing dewasa yang mempunyai 30 buah gigi, 16 buah rahang atas dan 14 buah rahang bawah. Kucing betina akan mencapai tempoh umur matang pada usia 6 hingga 10 bulan dan akan melahirkan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 ekor setiap kelahiran. Tetapi tidak semua anak yang dilahirkan akan hidup 100%. Tempoh Kucing betina bunting adalah selama 9 minggu atau 62 – 65 hari. Sedangkan kucing jantan akan mencapai tempoh umur matang pada usia 9 hingga 12 bulan.

Bulu yang terdapat di badan kucing ialah sebanyak 9600 helai.. Hmm banyak kan! Setiap 1cm bahagian atas adalah 19200 helai bulu dibahagian bawah. Manakala suhu seekor kucing yang sihat adalah 38 hingga 39.5 O C. Kucing juga mempunyai 5 jari pada bahagian depan dan 4 jari pada bahagian belakang.

*pasal bilangan jari kucen nih siyess haku baru pasan jari blkg kucen ade 4 jer pd. tahun lepas..masa potong kuku dorg, sumpah mmg haku x pasan... muakakaka..!

credit to jareycatlovers ;)

*MENGENALI JENIS DARAH KUCING*


Seperti manusia kucing juga mempunyai beberapa jenis golongan darah, iaitu A,B dan AB. Ras kucing seperti American Short Hair, Burmese, Tonkinese, Siam dan Oriental Short Hair adalah tergolong dalam jenis darah A. Manakala ras seperti Devon Rex, Cornish Rex, Exotic Short Hair, Somali, Birman,Sphtnx, Abyssinian dan Persia adalah tergolong dalam jenis darah B.

Golongan darah A adalah lebih dominan berbanding dengan golongan jenis darah B. Contohnya jika si bapa dan si ibu kucing yang mempunyai jenis darah yang berbeza makna anak kucing yang lahir itu mempunyai golongan jenis darah A. Ini adalah lebih baik jika seseorang breeder ingin memelihara kucing yang mempunyai golongan jenis darah A. Ini kerana perkahwinan ( ceh! kucing mana ada kawin..LOL! ) pembiakan kucing dari golongan darah yang berbeza berkemungkinan besar anak yang akan lahir akan mati. Kejadian ini di sebut Fading Kitten Syndrome.

credit to jareycatlovers ;)

*PERSIAN KER DLH?????*

pic kucen yg org antr boading kedai Pakcu Pet ;)

pic Wiwi. ngeh3x ;)

Tentu ramai yang masih keliru tentang jenis baka kucing kesayangan mereka. Tidak semua kucing yang berbulu panjang atau yang mempunyai hidung yang memek itu dipanggil PERSIAN cat. Kita sebagai tuan punya kucing harus tahu dan bijak apabila memilih kucing untuk dipelihara. Sekarang terdapat sebilangan kucing-kucing yang di jual di petshop adalah bukan dari baka yang sebenar. Oleh itu saya akan terangkan serba sedikit sama ada kucing anda adalah dari baka sebenar atau tidak. Terdapat dua kategori kucing yang mempunyai muka memek (Flat nose) atau separa memek (Semi flat nose).

  • Pertama : anak kucing yang yang lahir dari baka yang sebenar dan dikahwinkan dengan jenis baka yang sama atau pure Persian di kenali sebagai PEDEGREE PERSIAN. Biasanya kucing yang lahir dari baka sebenar atau pure Persian mempunyai sijil kelahiran, iaitu sijil yang mengesahkan kucing adalah dari baka sebenar atau telah didaftarkan.

  • Kedua : Manakala anak kucing yang dilahirkan dari induk baka sebenar dan di kahwinkan dengan kucing yang tidak mempunyai sijil pula adalah dipanggil DOMESTIK LONG HAIR (DLH). Kucing ini mempunyai bentuk muka menyerupai seperti kucing parsi, mempunyai ciri-ciri seperti berbulu panjang dan juga berhidung memek, tapi kucing-kucing seperti ini hanya boleh di panggil DOMESTIC LONG HAIR (DLH).

Oleh itu kita jangan keliru ataupun tertipu apabila hendak membeli kucing. Adalah disyorkan lebih baik anda membeli kucing dari pembiak baka (breeder) yang berdaftar, kerana dengan itu kita dapat mengetahui sama ada kucing itu mempunyai sijil atau tidak dan berpuas hati dengan tahap kesihatan kucing tersebut selain mengetahui latar belakang kucing tersebut.

Kucing-kucing yang kerap terdapat di petshop sebilangannya tidak mempunyai sijil dan penjual kucing-kucing tersebut ada sebilangannya mengatakan kucing mereka adalah dari baka kucing parsi (Persian cat). Oleh itu jangan tertipu dan keliru! Jika mereka mengatakan kucing mereka adalah pure Persian, pastikan anda meminta sijil pendaftaran sebagai bukti kucing tersebut adalah dari baka sebenar .

Selain baka kucing yang meragukan, kesihatan kucing juga tidak terjaga dengan baik. Sebilangan kucing-kucing tersebut tidak diberikan suntikan vaksin yang berjadual serta kucing yang selalunya di jual di petshop ada sebilanganya tidak begitu diberi perhatian mahupun dimanjakan dan ini secara tidak langsung dapat memberikan kesan kepada pembeli. Contohnya, kucing yang telah dibeli tidak pandai berinteraksi dengan orang selain berkemungkinan kucing tersebut bersifat liar.

Selalunya BREEDER yang bertanggungjawab akan mendaftar kepada persatuan kucing antarabangsa seperti CFA ataupun TICA atau sebagainya. Breeder kebiasaannya tidak akan meletakkan kucing (pure Persian) mereka di petshop untuk dijual.

credit to jareycatlovers ;)