BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Monday, August 24, 2009

*K.U.C.E.N haku - CHICHI

NAMA : Chichi
TARIKH LAHIR : 13.01.2008
JANTINA : Jantan
BAKA : Kucen Kampong atau dlm omputehnyer “Domestic Short Hair" (DSH)

STATUS : Bujang
REKOD KESIHATAN : Sudah Kembiri pada hjg thn 2008

Byk2 kucen haku, Chichi la yg paling sentimental, mesra alam, peramah, paling manja dan paling besar dr segi saiz. Mungkin sebab dia dah neuter. Pastuh suka sondol2 orang. X kira la dengan org yg dia kenal @ x..Mesra alam x kira tempat. Kalo abg TNB baring2 depan tv, dia akan sondol2 dan letak kepala dia kat tangan abg TNB mintak gosok perut. Kalo bergurau,, agak kasar + suke geget2 jari. Tp bg haku x sakit ler sbb bukan gigit betul.

Masa kecik2 dulu,penah terjadik insiden dia kene pijak oleh abg TNB. Menggelupur kat lantai. Sebabnyer, 2-2 terkejut. Yg abg TNB nak masuk toilet, yg si Chichi nih plak nak kuar dr toilet. 2-2 bertembung, 2-2 terkejut, 2-2 nak mengelak..tp kene jugak. Haku dah panik giler masa tuh. Masa tuh sibuk tanye keadaan Chichi dr tanye keadaan laki sirik. Wakakakak..kelako pun ader.

Chichi nih satu2nya kucen haku yg salu buat muka xde perasaan. Takut pun cam tuh, marah pun cam tuh, terkejut pun cam tuh. Xnampak ape beza reaksi dia. Muka se-pesen jer. Sampai haku susah nak tau kalo dia tgh sakit or x. Picit ekor pun xde bunyik.

Chichi kisahnyer penah ujg thn lepas haku open for adoption. Demi utk menunaikan janji kepada abg TNB utk mengurangkan dorang. Mula2 org yg bela dia sorg mamat yg keje kat Cyberjaya. Ari nak melepaskan dia pegi tuh, haku anto Chichi ke kete, ok lagik. Wat muka cam xde pape. Tp bila Chichi dah xde dalam umh, haku rasa satu KEHILANGAN yg amat besar. Bengkak jugak ler mata bila teringat pasal dia. Tp lama2 ok, salu jugak ler mamat inform fasal Chichi selama seminggu dok ngan dia.

Pastuh, satu hari mamat tuh sms haku ckp mintak jaga Chichi. Haku ok jer. Tp lepas hari yg dijanjikan sepatutnya dia amek Chichi, dia xsms haku ape2. Haku dah agak2 dah mesti dia x jadik nak bela nih. Last2 haku dapat sms dr mamat neh ckp dia mintak maaf byk2 sbb xbleh bela Chichi. Xmampu dr segi kewangan. Haku x kisah. Sbb syarat haku dulu kalo xnak bela dia dh, JANGAN BUANG KAT PASAR BORONG.Pulangkan balik kat haku seperti keadaan asal.

Lepas Chichi dipulangkan, haku wat satu lagik keputusan. Carik owner baru utk dia. Haku sms kat sorang pompuan yg dulu penah sms haku berminat nak adopt Chichi. Pada hari yang dijanjikan, dia pun datang umh. Tp sampai kat umh, anak dia plak berkenan kat Chello. Ati berat gk tp masa tuh cam antara 2, nak let go Chello or Chichi. 2-2 haku sayang. Last2 setelah menimbang tara dan berdasarkan sape yg lbh manja, so Chichi lebih sesuai utk dorg yg nak kucen manja.

Bermulalah kehidupan baru Chichi di rumah baru. Kat umh tuh ade aweks sekor tp garang giler. Asyik hissing kat Chichi. Tp lame kelamaan, dek kerana Chichi asyik memekak masa tuh (on heat), akhirnya Jane, owner baru dia serender, tanye haku nak balik x Chichi, op-kos haku nak. Haku dah pesan awal2 sblm Jane amek dia, kalo lepas nih rasa x sesuai @ xnak bela dia, pulangkan balik dan JANGAN HANTAR KE PASAR BORONG SELANGOR!

Akhirnya setelah melalui proses dipulangkan balik sebyk 2x, akhirnya terberhasillah ChiChi yg dulu agak penakut & x berapa nak jinak, menjadi lebih manja dan senang nak pegang. Maybe jugak sbb dia dah biasa dengan 2 orang owner sblm ni, so bila dah balik ke rumah haku, dia dah normal macam kucen yang lain. Skang neh ChiChi la wrestling buddy kepada Chello. Dan Chello skang nih lbh byk mengalah @ kalah dengan ChiChi kalo time wrestling. Maybe sbb saiz dia kecik dr ChiChi. Kalo time gaduh2 @ memain, Chello jer yg byk bunyik. Chichi..hhmmmm....cam biasa..muka seposen..muka xde perasaan.. waakakaaka..
gambar dia masa mula2 lahir. Time nih x hengat umo bape hari.

aksi ala2 Beyoncet


nih 1st time dorang mandi. umo dalam 3 bulan time nih kot.


antara 3 ekor, dia dr kecik mmg yg paling manja,
bleh tido lelama kat riba.

ngan wrestling buddy, Chello

gambar nih masa dia lepas dipulangkan balik oleh owner yg kat Cyberjaya tuh.


manja ngan abg TNB. Kalo dok atas perut, senak tau! Berat tuh!

FLYING CAT - aksi sekor samseng yg berjiwa sentimental.
ngeh ngeh ngeh

kadang2 layan jiwang gak. lepas tuh MEMBUTA.


.::NOTA KAKI BUSUK::.
chayank bucuk nih!!

0 INSAN MULA BERSUARA: