BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Thursday, November 26, 2009

*TANGGUNGJAWAB SORANG "LAKI"*


Cerita sikit. Teringat mak aku cerita, masa raya hari tu, ada orang tu tak belikan pun baju raya untuk isterinya(isterinya tak kerja), tapi untuk dirinya sendiri dan anaknya seorang boleh pulak habis beratus (kira banyak la tu) untuk baju raya. Isterinya mestilah angin kan. Ambik..raya tu, ko raya rumah makpak ko, aku raya rumah makpak aku. Isterinya ngadulah jugak, selama ni makan minum lakinya dia jaga, gosokkan baju, buat semua, tapi nak belikan baju raya untuknya pun tak terbeli. Jangan main2 kalau hari raya orang pempuan ni sensitip sikit.

Ntah la aku pun tak paham nape boleh jadi macam tu. Sama ada lakinya sengaja tak nak belikan ke, atau dia tak tau apa tanggungjawab dia. Kadang orang laki ada jugak yang ambik mudah je bab2 gini. Dia rasa kalau dah sediakan makan minum kira dah ok.

Aku ada terdengar ceramah, ustaz tu cakap orang lelaki ni dalam gaji dia tu mesti ada bahagian untuk isterinya, tak kiralah walaupun isterinya tu bekerja apatah lagi kalau isteri tu tak bekerja kan. Tak semestinya banyak. Agaknya dia ingat kalau isteri tak bekerja duduk rumah tu, dok melepak je agaknya. Aku cukup hangin kalau ada suami yang fikir macam tu.

Cuba ko dok sehari kat rumah jaga anak, basuh baju, masak, kemas rumah, buat semuanya macam isteri tu buat...agaknya anak kemana, masak ntah kemana, ko ngangkang ntah ke mana. So kesimpulannya janganlah kedekut sangat dengan isteri. Pepatah orang chenor ada cakap What you give is what you get.

Dalam hadis pun ada, daripada ibn Abbas r.a baginda bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik dengan isterinya, dan aku adalah orang paling baik dengan isteri-isteriku”. (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:325).

Eh tapi jangan ambik perkataan 'isteri-isteriku' tu sahaja ye. Wassalam.


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
dlm mengong2 tenet semalam, haku sempat gak la surf tenet & jumpa satu blog cik kak nih. Bg aku ape yg dia ckp tu agak "menarik", so haku ape lagik..kopi & pes jer la dlm blog nih. Utk peringatan, makluman & pengajaran kepada kaum2 bernama "LAKI" @ "SUAMI" & tak ketinggalan BAKAL2 LAKI kat luar sana. Sbb mende2 cam nih dah banyak dah haku jumpa lam real life. Mmg betul ckp akak tuh. So aku nak tambah la sikit2 ape akak tuh ckp.

1- Ade laki yg berpendapat, BINI NYE KEJE jugak @ gaji lebih besar dr dia, otometik dia fikir "..x payah la kasik duit kat bini aku..gaji dia byk dr aku. dia xde tanggungan ape...gaji bersih..Bil2 + belanja anak sume aku bayar.."

2- Ade laki yg berpendapat, BINI NYE KEJE jugak, so x payah la kasik RM utk bini. "..Bukan nak beli ape pun. Cukup beli barang2 umh. Cukup mkn minum. Pakai bini & anak, bukan hari2 nak beli pun. Bini nak baju baru @ kasut baru..duit gaji dia kan ade...".

3- Ade laki yg berpendapat, BINI NYE TAK KEJE, so x payah la kasik RM utk bini. "..Duk umh jer kan..bukan nak beli ape pun. Nk beli baju/kasut baru, bkn nk kuar memane pun.."

4- Ade laki yg berpendapat, BINI NYE TAK KEJE, so x payah la kasik RM utk bini. "..ala..duk umh jer...bukan penat sangat pun...bg duit KARANG MEMBAZIR BELI MEMACAM..MEMBAZIR.."

5- Ade laki yg berpendapat, time xde duit "..xpe..bleh pinjam duit bini haku. Dia ade simpanan bank dia. Susah2, korek jer la situ..". tp time gaji, ade nak bayar??? Time bini susah xde duit, ade nak ingat??? 

6- Ade laki yg gatal mulut ungkit2 plak lepas beli itu ini utk anak bini. Ckp membazir la..xde paedah la..xde guna la...bla..bla. Dah tuh ko rasa bini ko patut buat cemana? Jadik patung bisu kat umh???? Time ko nak "pakai", ko pegi. Time x nak/dia susah, buat x nampak. Cam tuh????  

Kesimpulannya, kalau sblm kawin..mmg murah ati kasik itu ini kat awek. Dah kawin, jadik bini..knp semua nak berkira. Kedekut. Taik idung masin. Haji Bakhil. bla..bla.. ko ingat bini korang xde perasaan?

So, kepada kaum2 laki & bakal2 jadik laki, ingat la...jangan ingat bila dah kawin, ade anak bini, sume2 tuh x payah. Korang silap. Jangan ingat duit korang abis beribu sbb nk kne bagi bini tiap2 bulan. Bini x mintak banyak. At least bagi la bape yg korang mampu. Bukan setakat bg seploh hinggit sari utk belanja dah cukup puaskan ati bini.

Melalui pengalaman haku yg x de ler lama mana idup nih, xde plak haku dengar bini TIAP2 BULAN MINTAK DUIT NAK BELI KASUT BARU, BAJU BARU, HENBEG BARU. Bukan tiap2 bulan kan..??? Tp korang saja ja x nak faham @ senang ckp, BUAT2 TAK PAHAM sbb KEDEKUT! Tp beli barang utk sendiri memahal, xpe pulak. Cemane tuh? ke semacam dah jadik BEBAN nak TANGGUNG ANAK BINI???

Sekarang nih x payah tunggu ORANG KETIGA, KEEMPAT or ke SEPULOH JUTA kalau nk carik SEBAB NAK BERCERAI. Kebanyakkannya sbb para kaum2 laki AMBIK REMEH semua benda2 yg dorang ANGGAP CAM TAK PENTING tanpa fikirkan perasaan BINI.

Pas tuh, kalo bini dapat plak mamat @ jantan @ skandal yg lebih caring & understanding dr ko, jangan nak menyesal (x tau la kalau ko lagik suka la kan..??). Masa tuh baru ko tau cemane.

So, tepuk KEPALA, tanya kepala hotak & fikirlah guna AKAL. Kepada sesapa yg terasa, mintak mahap ler ek. Sekadar tambahan pendapat dari haku jer berdasarkan persekitaran & pengalaman haku & kengkawan yg lain. Yg baik, korang jadikan TELADAN, kalo rasa x baik, duk diam2 jer. Sekian,. time kasih.

0 INSAN MULA BERSUARA: