seusia lagi melewati jalan
bersama sekeping hati
yang sentiasa punya rasa
berbaur suka dan duka
juga cinta
hari ini - puluhan tahun lalu
pertama kali menyapa salam pada dunia
tanpa pernah tahu
destinasi tujunya
hanya yang pasti
hadirnya bersama restu dan cinta.
putaran masa pantas beredar
si naif yang tidak tahu apa-apa dahulunya
kini semakin dewasa melangkah hidupnya
walau sesekali tersadung jatuh
pantas bangkit bertatih kembali
seusia melangkah
cinta juga ingin mengisi ruang hati
maaf andai sesekali terlupakan kamu
kerana hati ini sudah terlalu sarat
dan padat diisi dia
Tuhan,
izinkan bahagia ini terus kekal bersemadi
pimpin kami terus ke jalan lurusMu
agar takkan pernah kami keliru tanpa tuju
setahun lagi
kesempatan diberi
terima kasih Tuhan,
tanpa ragu, nikmat dan bahagia tetap Kau beri.
.::Nota KhaKi MuS0x!::.
syahdu jer bait kata2 kat atas tuh. Kebetulan jumpa.
credit to Rina's again.
0 INSAN MULA BERSUARA:
Post a Comment