bila ter-canangnya kisah mas kahwin untuk anak dara & janda selangor naik jadi RM300, banyak sungguh mulut² yang mengeluarkan pendapat. itu maknanya, isu mas kahwin naik harga ni ada commercial value, macam kisah artis mana pakai baju paling glamour masa anugerah skrin 2009. maka ramai orang tak mau ketinggalan memperkatakannya, termasuklah aku.
bagi aku, mas kahwin naik bukan isunya. ia cuma menjadi isu apabila wujudnya ketidakselarasan harga mas kahwin di setiap negeri. ada yang akan kata - "tunang kau orang selangor ye? rugi lah kau tak kahwin awal-awal, mas kahwin dah RM300 tu beb." ataupun ada yang akan kata - "makin lakulah anak dara johor, mas kawen diorang murah je RM22.50"
disebabkan ketidakselarasan mas kahwin ni, maka dapat dilihat 'harga' perkahwinan didacing-kan dengan cara yang paling murah sekali.
aduhai, kalau kaum lelaki menimbang untung nasib mereka berdasarkan harga mas kahwin, sungguh lah mereka rugi kerana punya akal yang secetek-ceteknya.
mungkin ada yang kata, RM300 tu banyak, orang nak 'mendirikan masjid' buat apa nak membebankan. betul, 'mendirikan masjid' sangat mulia. lebih mulia kalau dah 'mendirikan masjid', berusaha pulak 'mengimarahkannya'. kalau dah rasa terbeban dengan mas kahwin, baik tak payah kahwin. sebab lepas kahwin, lebih dari RM300 kau kena sediakan wahai kaum lelaki. bukan untuk isteri saja, untuk sara hidup maksud aku. selesai je lafaz akad, bermulalah tanggungjawab dalam perkahwinan. kalau nak mulakan tanggungjawab pun dah rasa terbeban, rasa-rasanya boleh tak pikul tanggungjawab seterusnya?
kaum perempuan pulak, jangan terlalu pandang enteng dengan naiknya mas kahwin. bila ada pihak yang berusaha meninggikan martabat wanita, kita pulak mestilah lebih berusaha menaikkan martabat sebagai isteri.
mengambil kira mas kahwin itu wajib, maka rasanya tak perlulah terlalu berdebat tentang nilai pemberiannya. apa yang penting bukan berapa nilai mas kahwinnya, tapi nilai perkahwinan itu sendiri. kalau betul-betul memenuhi sunnah dan semata-mata kerana Allah, alangkah moleknya.
.::Nota KhaKi MuS0x!::.
Selamat Pengantin Baru kepada yg kawin ujg2 thn nih. nih haku kopi + pes dr satu blog. credit to Rina's.
0 INSAN MULA BERSUARA:
Post a Comment