BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-->>[BISMILLAH - ASSALAMMUALAIKUM WBT]<<-

[RUSTY|CHELLO|CHICHI|CHELLOM|CHEEZY|CHEEWY|CHEESEDALE|CHESTER|CHELSEA|CHEEKANG|WIWI]

Wednesday, December 23, 2009

*ESEI TERBAEKKKKK PUNYA...*




.::Nota KhaKi MuS0x!::.
ngeeee...budak2 punye la tinggi imaginasi berkarya..

*LIAR!..LIAR..!*


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
budak zaman sekarang....haihh...

*THE CAT IN THE JACKET*


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
this stealthy kitty go after a toy while "hiding" in a coat sleeve.

Monday, December 21, 2009

*LAPAR*


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
lapar giler. Pagi td mkn nasik lemak encik hubby tapau
x jauh dr umh. Kenyang pagi sampai thari.
tp belah petang, cacing2 dlm perut dah mula
menjerit2 mintak habuan. Aduhaiii...!
Cemane nak kurangkan berat badan diet cam nih?
Klu kejap2 sang perut mintak ditop-up dengan santapan enak2.
huuhuhuh..dah terbayang2 KEHEPSI yg encik hubby
janjikan nk belanja petang nih sempena gaji dia masuk

rezeki lapar ptg2 tuh, bos plak kasik Coklat Kit Kat Chunky.
Sookoorrr la nakk...buat alas perut sementara
menunggu petang. Huuuu..lambatnyer jam nak sampai kul 5pm!

*ANDAI UJIAN BUAT HAKU & "KAMI"*

"Allah tidak akan memberi ujian yang tidak dapat dipikul oleh hambaNya"



.::Nota KhaKi MuS0x!::.
Kata2 nih akan jadi semangat buat aku & "kami". InsyaAllah...Harap2 begitu juga. Semoga Allah takkan lagi memberi kepada haku ujian yg dia tau tak dapat terpikul & tertanggung dibahu kami terutama haku. Andai berat dugaan ini buat aku & "kami" [rakan2ku, keluargaku, saudara mara ku, saudara insan sesama manusia].. Maka Dikau ringankanlah Ya Allah, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Memahami. Kami, hambaNya yg sangat2 lemah tak terdaya yg hanya mampu berusaha, berdoa & berserah pada setiap percaturan yg telah Allah lakarkan dalam hidup kami. Semoga dugaan sekarang ini ada hikmah tersirat yg tak terhingga di kemudian hari. Semoga setiap detik perjalanan hidup ini berakhir dengan penuh kemanisan, kegembiraan & seribu rahmat dilimpahkan buat kami.
 
Lagi seminggu nak kne tggu. Baik @ Buruk. Sedih @ Gembira. Suka @ Duka. Kne la redha. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan & usahaku selama nih. Semoga airmata & tangis pilu tak lagi sia2. Semoga doa2ku didengari. Dan semoga kesabaran masih lg setia bersamaku & keluargaku. Amin.

* ALKISAH PERMULAAN BLOG*


Haku selalu merasakan yg haku tidak perlu update blog sebab haku nih menulis bukan nak bagi org len baca.. Haku menulis sbb haku sendiri yg nak baca. Dan haku tau akan ada segelintir suara sumbang akan bersuara selepas membaca perenggan neh.


"Tulis blog pastu baca sendiri. Gile ke ape.. ke saje nak syok sendiri??."

Hekhssss.. Haku tak gile @ syok sendiri ahh... Tp klu haku syok sendiri, org lain ade masalah ker..?? Cuma haku ni cepat lupa. SANGAT-SANGAT PELUPA. Lupe ape yg berlaku. Haku lupa perasaan haku tentang perkara yg berlaku. Jadi, haku menulis, agar perasaan tu tak lenyap camtu je. Agar haku x lupe ingatan. Tua2 besok, klu blog nih still hade lagik, haku bleh flashback balik kenangan zaman dulos2.. :p


Jadi, bila haku tak menulis, bukan maksudnye haku takde pape yg hendak ditulis, cuma haku tidak mahu ingat perasaan tu.. jadi haku biarkan aja. Biarkan perasaan itu hilang ditelan masa. Pendek kata, aku memang tanak ingat perasaan yg haku ade selama aku tak menulis & hapdet blog nih.




Tapi hari ni haku akn sentiasa menulis (selagi ada kerajinan & daya). Dan entry ni pasti akan mengingatkan aku tentang kisah perasaan aku selama bertahun2 yg lepas (selagi boleh haku gambarkan kat sini). Walau pon kdg2 haku tak suka perasaan @ ape2 yg berlaku tu & seboleh2nya tanak ingat. Tidak apa². Kerna perasaan itu akan mengingatkan haku ini siapa. Ape jadik sblm2 nih. Ape kisah suka & duka yg haku lalui selama haku masih bernyawa nih.


And I know these feelings is all I had. It gives me something to hold onto. A solid reminder to remind me of myself. Cuz somewhere along the line, people lost their selves, cuz they keep forgetting how they used to feel, and keep denying the truth.


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
The denial can last forever if u want it to be. But the truth, it will linger... until the denial is over.

*LAPAN DISEMBER*


seusia lagi melewati jalan
bersama sekeping hati
yang sentiasa punya rasa
berbaur suka dan duka
juga cinta

hari ini - puluhan tahun lalu
pertama kali menyapa salam pada dunia
tanpa pernah tahu
destinasi tujunya
hanya yang pasti
hadirnya bersama restu dan cinta.

putaran masa pantas beredar
si naif yang tidak tahu apa-apa dahulunya
kini semakin dewasa melangkah hidupnya
walau sesekali tersadung jatuh
pantas bangkit bertatih kembali

seusia melangkah
cinta juga ingin mengisi ruang hati
maaf andai sesekali terlupakan kamu
kerana hati ini sudah terlalu sarat
dan padat diisi dia

 Tuhan,
izinkan bahagia ini terus kekal bersemadi
pimpin kami terus ke jalan lurusMu
agar takkan pernah kami keliru tanpa tuju

setahun lagi
kesempatan diberi
terima kasih Tuhan,
tanpa ragu, nikmat dan bahagia tetap Kau beri.


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
syahdu jer bait kata2 kat atas tuh. Kebetulan jumpa.
credit to Rina's again.

*MAS KAHWIN*


bila ter-canangnya kisah mas kahwin untuk anak dara & janda selangor naik jadi RM300, banyak sungguh mulut² yang mengeluarkan pendapat. itu maknanya, isu mas kahwin naik harga ni ada commercial value, macam kisah artis mana pakai baju paling glamour masa anugerah skrin 2009. maka ramai orang tak mau ketinggalan memperkatakannya, termasuklah aku.


bagi aku, mas kahwin naik bukan isunya. ia cuma menjadi isu apabila wujudnya ketidakselarasan harga mas kahwin di setiap negeri. ada yang akan kata - "tunang kau orang selangor ye? rugi lah kau tak kahwin awal-awal, mas kahwin dah RM300 tu beb." ataupun ada yang akan kata - "makin lakulah anak dara johor, mas kawen diorang murah je RM22.50"

disebabkan ketidakselarasan mas kahwin ni, maka dapat dilihat 'harga' perkahwinan didacing-kan dengan cara yang paling murah sekali.

aduhai, kalau kaum lelaki menimbang untung nasib mereka berdasarkan harga mas kahwin, sungguh lah mereka rugi kerana punya akal yang secetek-ceteknya.

mungkin ada yang kata, RM300 tu banyak, orang nak 'mendirikan masjid' buat apa nak membebankan. betul, 'mendirikan masjid' sangat mulia. lebih mulia kalau dah 'mendirikan masjid', berusaha pulak 'mengimarahkannya'. kalau dah rasa terbeban dengan mas kahwin, baik tak payah kahwin. sebab lepas kahwin, lebih dari RM300 kau kena sediakan wahai kaum lelaki. bukan untuk isteri saja, untuk sara hidup maksud aku. selesai je lafaz akad, bermulalah tanggungjawab dalam perkahwinan. kalau nak mulakan tanggungjawab pun dah rasa terbeban, rasa-rasanya boleh tak pikul tanggungjawab seterusnya?

kaum perempuan pulak, jangan terlalu pandang enteng dengan naiknya mas kahwin. bila ada pihak yang berusaha meninggikan martabat wanita, kita pulak mestilah lebih berusaha menaikkan martabat sebagai isteri.

mengambil kira mas kahwin itu wajib, maka rasanya tak perlulah terlalu berdebat tentang nilai pemberiannya. apa yang penting bukan berapa nilai mas kahwinnya, tapi nilai perkahwinan itu sendiri. kalau betul-betul memenuhi sunnah dan semata-mata kerana Allah, alangkah moleknya.


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
Selamat Pengantin Baru kepada yg kawin ujg2 thn nih. nih haku kopi + pes dr satu blog. credit to Rina's.

*HP NOKIA 2760 MAK*



gambar hp yg kami (3ank+1SIL) share kasik kat mak
sbg adiah besdey ke-66 + adiah ari ibu thn nih

Lanjutan dari kisah pasal hp, so nih plak cite mak & hp. Mak haku dulu2 masa 1st haku soh guna hp, dia x nak. Segan kat org kpg katanya. Takut org kpg ckp2. Ala...anak dorg ker yg nak kol???? Anak dorang ker yg kne top up hp???? Memikirkan klu dia x de hp, cemane anak2 dia nak kuntek2 tanye khabar dia???? Nak psg tepon umh, bkn dia memanjang duk kat umh. Kjp g Sibu (dulu laa), kjp g Kuching, kjp blk kpg balik. Sng nak bwk g mane2.

Dulu hp yg mak guna pun bekas hp haku. Mak guna hp Nokia 3310 haku tuh. Tp lame rosak, haku kasik hp Nokia ala2 butterfly tuh (x ingat model ape), pun lame2 bateri poblem. Last2 raya ari tuh haku pakat adik badik nk share beli hp (kecuali yg No. 3 & 4 tuh la yek) yang No. 3 & 4 tuh x yah cite sbb berkira sangat nak share2. Takut haku belikan hp yg harga JUTA2 kot utk mak.

Ade salah sorg dr 2 org tuh pesan xyah beli hp mahal2 utk mak, beli yg murah2 jer. "Utk call jer" katanya. Mmg la utk call jer. Sape ckp beli utk mak buat VIDEOCALL @ 3G @ MMS???? Mak tuh buta huruf tau x??????? X sekolah. Org kpg. Dah tua. Nk dail pun xreti. Mata pun x brp nmpk. Setkt bleh jwb jer pun. Ape yg korang risau sangat ekkk??? Prepaid haku yg top up tiap2 bln hape....!! Klu yg murah2 tuh,agaknyer bape ekk???? Nak soh haku carik yg harga RM20 ker????? share bayo RM5 sorang...cam tuh????????

ade jugak yg kasik IDEA haprak soh haku beli yg sekenhengg! Sbb nak murah. Ade ke patut???? Dgn warranty xdak, klu guna ari nih...esok dah rosak..ko nak tlg byr repair??? Last2 sbb byk songeh, haku pakat ngan 3 org jer + ihsan encik hubby menyumbang sedikit share. Nokia BARU utk mak. Diulangi..BARU ok.. Yg jenis lipat, bleh mms, ade camera, butang nombor BESAR-BESAR kasik mak SENANG NAMPAK klu nk tekan SPEED DIAL. blh masuk lagu TAPI haku dpt dgn harga RM230 JER!

Lepas share 4 org, sorang bayo RM50 jer. MAHAL KER TUH??? Dan niat haku jgk utk share adiah hp tuh sbg adiah besdey + hari ibu mak. Sudahnyer, ari tuh di pagi raya PERTAMA, masa mak bukak adiah & tunjuk kat yg lain, ade laa sorg hebat berdrama air mata Kasim Selamat sbb kononnya x mampu nak kasik adiah utk mak. Hahahaha..buat lawak budussss laa plak...

Keutamaan haku beli yg JENIS LIPAT utk mak, sebabnyer mak nih jenis PELUPA. Kadang2 lepas dia try dail haku, dia LUPA tekan "off". Kalau haku x check blk lepas dia call, tau2 abis kedit. Rugi jer. Yg top up nyer harus HAKU laa...!! yg lain ade kisah?????? Tp xpe la..selagi mampu, selagi terdaya..malas nk ckp byk. KORANG FIKIR LA SENDIRI...!!!


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
lantak laa org nk ckp ape lps baca ape haku tulis nih. Yg penting, HAKU X HIPOKRIT cam sesetengah org. Haku cuma ckp ape yg haku rasa betul. Yg lain2, lu fikir la sendiri. Mane yg dah makan cili tuh, pedas2 lu sendiri tanggung la. Bukan haku yg soh korang makan cili banyak2.

*HP BLUEBERRY*



.::Nota KhaKi MuS0x!::.
nih gmbr hp yg encik hubby imel soh tgk. nih hint2 nak "sedekah hp baru ker bang..??" kwang33xx...klu betul, sukooorr la nakkk....! hp yg no 013 haku tuh dah rosak rasanya. org call haku, haku x dengar sora. org yg kol haku, pun x dengar sora haku. agaknyer dah sampai ke garisan penamat kot hp tuh. Nokia 6680 1st edition hp ade 3G yg haku beli thn 2005 dulu. Masa tuh xde lagi istilah videocall nih. MMS pun xde lg. geram punye pasal, haku terpaksa pejamkan mata bayar RM2k!!

klu skang nih, hp harga RM2k tuh bleh dpt Omnia sebijik! tp berbaloi jugak la beli Nokia 6680 dulu. Sebab dr 2005 sampai dh nak abis 2009 nih, xde masalah kecuali bateri. tuh pun bateri baru bape kali jer pun tukar. Tuh pun dh byk kali terjatuh haku campak2 time ngamuk. dah pernah berderai2 tp still ok lagik.

Ekceli, haku mmg sukeh brand Nokia sbb frenly user. mmg dr dulu2 pun haku guna Nokia, bermula dengan 3310. Dulu 1st keluaran 3310 thn 2000, harga RM700+++ siott! Haku ingat lg masa keje Jabatan Perangkaan Kuching, member haku beli Nokia 3310 dengan harga RM700++. Tuh dah kira mewah sangat bg kami yg masa tuh keje Pembantu Perangkaan Sambilan yg bakal tamat kontrak lps 2 thn. Sbb rata2 kami masa tuh guna hp Eriksen @ Motorola yg biasa jer. Cam haku masa tuh guna Eriksen yg ala2 BATU ASAH tuh. Tu pun sekenhengggg yg abg haku punye. wakakaka.. Buat baling kat HANJENG, koma seminggu harus buat HANJENG tersebut.

Tp masa tuh ade hp Eriksen Ala2 Batu Asah tuh kira dah best BANGGA giler. Bila dpt call masuk jer, mmg kembang kempis jer lobang idong ckp guna hp. Rasa syok + riak + ujub + takbur + berlagak tuh xpat nak nafikan. Masa tuh mana ramai pun guna hp lg. Klu time belajar, budak sekolah menengah mane ade lg guna hp. x cam skang nih. Skang nih anak sedara haku yg sekolah darjah 1-2 pun dah ade hp tau!! haaaaa....skang mende tuh bukan lagi jadik lambang kemewahan tp lebih kepada KEPERLUAN. sape xde hp, cam ketinggalan zaman jer. kuhek..kuhekk..kuhekkkk....